Objektif Kualiti
Hospital Kluster Manjung sentiasa bertekad dan berusaha dengan kepakaran yang ada, sentiasa akan memastikan perkara berikut:
1.Sentiasa mengutamakan keselamatan pesakit sebagai prioriti utama dalam penjagaan pesakit
2.Sentiasa memastikan perkhidmatan kepakaran yang diklusterkan memberi perkhidmatan yang selamat, berkesan dan mengurangkan komplikasi daripada rawatan yang disediakan
3.Sentiasa memastikan hak pesakit dan keluarga diutamakan sepanjang pesakit dirawat di Hospital Kluster Manjung
4.Latihan kepada kakitangan Hospital Bukan Peneraju akan sentiasa diadakan secara kluster supaya taraf dan kualiti latihan adalah setaraf dengan Hospital Peneraju


