my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

PEMBUKAAN WAD 9 ( PERUBATAN PEREMPUAN) HOSPITAL SERI MANJUNG

Berikutan peningkatan keperluan serta kesesakan di wad perubatan sedia ada, Pengarah Hospital Seri Manjung telah mengambil satu langkah strategik dan berimpak tinggi dengan mengarahkan pembukaan Wad 9 (Perubatan Perempuan) sebagai usaha berterusan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta keselesaan pesakit sentiasa berada pada tahap terbaik.

Perancangan pembukaan wad ini telah bermula seawal bulan Disember, melibatkan beberapa sesi perbincangan dan penyelarasan bersama pelbagai unit serta jabatan berkaitan. Pendekatan ini mencerminkan perancangan yang tersusun, inklusif dan berfokuskan penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang.

Pelaksanaan inisiatif ini turut didahului dengan satu sesi bacaan Yasin sebelum pembukaan wad, sebagai sebahagian daripada persediaan dan simbolik permulaan operasi, di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga hospital.

Walaupun memanfaatkan kemudahan, peralatan dan aset sedia ada, kerja-kerja penambahbaikan melibatkan penyusunan semula ruang, kemasan cat serta penyeragaman susun atur telah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, profesionalisme dan tahap kekemasan yang sangat membanggakan, seolah-olah pembukaan sebuah wad baharu sepenuhnya.

Hasil kerjasama padu merentas jabatan, sebanyak 28 buah katil tambahan telah berjaya disediakan bagi menampung keperluan semasa, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap wad perubatan sedia ada tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.

Dalam sesi lawatan ke Wad 9 (Perubatan Perempuan), Pengarah Hospital Seri Manjung menzahirkan rasa amat kagum dan sangat berpuas hati terhadap tahap kesiapsiagaan wad, keseragaman susun atur, kebersihan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan. Kejayaan ini jelas mencerminkan keupayaan warga hospital dalam mengoptimumkan sumber sedia ada secara berkesan, tersusun dan berimpak tinggi.

Sehubungan itu, Pengarah Hospital Seri Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

  • Timbalan Pengarah (Perubatan I)– Dr. Mohd Fitri bin Mohd Noor
  • Jurutera Hospital Seri Manjung– Ir. Ts. Erma Yuhanis binti Mokhtar
  • Ketua Unit Pembangunan– Pn. Siti Sarah binti Hashim
  • Ketua Jabatan Perubatan– Dr. Lee Li Yuan
  • Ketua Penyelia Hospital– En. Mohamad Hatta bin Abas
  • Pemangku Ketua Penyelia Jururawat– Pn. Rosidah binti Yusoff
  • Penyelia Jururawat Wad 9– Pn. Marinawati binti Che Tom
  • Ketua Jururawat –Pn. Maziran binti Muhamad dan Pn. Rohana binti Othman
  • Pengurus Fasiliti– En. Muhd Syarif bin Khalid

serta seluruh pasukan perubatan, kejururawatan, pengurusan, sokongan klinikal dan bukan klinikal, dan semua warga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembukaan wad ini.

Komitmen luar biasa, semangat kerja berpasukan serta keupayaan mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi walaupun berdepan kekangan sumber membuktikan dedikasi warga Hospital Seri Manjung dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, efisien dan berfokuskan pesakit.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

065239
Today: 47
Total: 65,239

Tarikh Kemaskini

  • 31 Julai 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video