Program Perkongsian Kaedah Pengukuhan Kawalan Infeksi antara Kluster Hospital Seri Manjung (HSM) dan Hospital Teluk Intan (HTI) telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Baru HSM.
Program ini bertujuan memperkukuh amalan kawalan infeksi melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan pendekatan terbaik antara kedua-dua hospital kluster, selaras dengan komitmen berterusan KKM dalam memastikan keselamatan pesakit dan warga kerja sentiasa terpelihara.
Diharapkan program seumpama ini dapat mempertingkatkan kefahaman serta keberkesanan pelaksanaan kawalan infeksi di fasiliti kesihatan, sekali gus menyokong perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat.
Ikuti FB Hospital Seri Manjung


