my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

SAMBUTAN HARI PENDENGARAN SEDUNIA & BULAN KESEDARAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2026 PERINGKAT HOSPITAL SERI MANJUNG

Program penuh bermakna ini telah dianjurkan oleh ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ bersama ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ dan ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป sebagai tanda keprihatinan terhadap anugerah yang sering kita ambil mudah, keupayaan untuk mendengar dan bertutur. ๐Ÿค

๐Ÿ‘‚ Pendengaran bukan sekadar deria, tetapi jambatan yang menghubungkan kita dengan suara insan tersayang, gelak tawa keluarga, sapaan sahabat dan setiap detik indah dalam kehidupan. Tanpa pendengaran, dunia terasa sunyi dan kosong.

๐Ÿ‘„ Pertuturan pula adalah cara hati berbicara. Melalui kata-kata, kita menyampaikan kasih sayang, harapan, doa dan emosi. Setiap suara yang terhasil membawa makna yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Sempena sambutan ini, Jabatan Otorinolaringologi telah mengadakan ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan pendengaran dan pertuturan sejak awal.

๐Ÿงช Saringan telah dijalankan oleh Pegawai Audiologi dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan). Seramai 50 orang kakitangan mengambil peluang untuk pemeriksaan.

๐Ÿงช Sambutan turut dimeriahkan dengan pameran daripada syarikat alat bantu pendengaran seperti Audiolab, 20dB dan Dengar yang bersama-sama berkongsi kesedaran serta teknologi terkini dalam membantu mereka yang memerlukan.

๐Ÿ“ž Program yang penuh pengisian dan menyentuh hati ini telah diselaras dengan penuh komitmen dan dedikasi oleh ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—น๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ, yang memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan lancar dan bermakna.

๐ŸŒธ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ฎ๐˜๐—ต๐—ถ ๐—ฎ/๐—ฝ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต, ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ seluruh warga Jabatan Otorinolaringologi serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini.

Semoga sambutan ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa mendengar dan bertutur adalah nikmat yang amat berharga. Hargailah setiap suara yang masih mampu kita dengari dan setiap kata yang masih mampu kita ungkapkan.


Ikuti FB Hospital Seri Manjung

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

063065
Today: 72
Total: 63,065

Tarikh Kemaskini

  • 03 Jun 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video