19 Disember 2025 (Jumaat)
Hari ini di Dewan Mutiara Hospital Seri Manjung(HSM) telah diadakan Taklimat Pelaksanaan Malaysian Patient Information Sistem (MPIS) yang telah disampaikan oleh Penyelaras program MPIS HSM Dr Akmal Hashim.
Taklimat ini yang dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit diadakan sebagai langkah pertama untuk memberi pemakluman, kesedaran dan platform untuk warga HSM menyuarakan soalan atau kerisauan mereka sebelum HSM bergerak ke arah perlaksanaan MPIS Fasa 1 yang melibatkan pendaftaran dan discaj pesakit dalam mulai 1 Januari 2026.
Pelaksanaan MPIS dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia adalah inisiatif pendigitalan sistem maklumat kesihatan di hospital yang memberi fokus kepada pengurusan data pesakit, rekod perubatan dan proses kerja klinikal seperti pendaftaran di wad, Jabatan Kecemasan, Unit Hemodialisis, Klinik Pakar serta Jabatan Pesakit Luar.
Tujuan utama HSM mengambil langkah ke arah pelaksanaan MPIS adalah untuk:
- Menggantikan sistem manual dengan platform digital untuk pengurusan pesakit
- Mempercepatkan proses pendaftaran rekod perubatan dan alir kerja klinikal
- Menyokong perancangan sumber dan kualiti perkhidmatan


