my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Audit Pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Seri Manjung

Audit Pelaksanaan Program Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijalankan di Dewan Mutiara, Hospital Seri Manjung. Audit telah diketuai oleh Dr. Siti Rahayu binti Mat Husin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama pasukan audit yang terlibat. Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kualiti latihan klinikal serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan, menilai pelaksanaan program, sokongan penyeliaan serta persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan pegawai perubatan yang kompeten dan berintegriti.

Selepas sesi audit, delegasi KKM telah dibawa oleh Dr. Gridhari Nath Gingaiah, Pengarah Hospital Seri Manjung untuk melawat sekitar kawasan hospital bagi melihat fasiliti serta persekitaran perkhidmatan yang disediakan.

Komitmen berterusan pihak pengurusan dan seluruh warga Hospital Seri Manjung mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh pembangunan profesional pegawai perubatan siswazah demi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti kepada rakyat.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

Lawatan Tapak Mesin Fluoroskopi

Satu sesi lawatan tapak mesin fluoroskopi telah diadakan di Jabatan Radiologi, Hospital Seri Manjung. Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Rohana binti Abdul Rahim, Ketua Jabatan Radiologi dan disertai oleh Ketua Juru X-Ray Hospital Seri Manjung, Ketua Bidang Juru X-Ray Diagnostik Negeri Perak, serta pasukan Jurutera, Juru X-Ray, Pegawai Sains Fizik, wakil vendor dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Penubuhan perkhidmatan fluoroskopi ini dijangka akan memberikan nilai tambah yang signifikan kepada perkhidmatan radiologi khususnya, serta memperkukuh perkhidmatan Hospital Seri Manjung secara keseluruhan dalam memenuhi keperluan kesihatan warga Manjung.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

Continuing Medical Education (CME) Hospital Bil. 1/2026

Continuing Medical Education (CME) Hospital Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan dan dua topik utama telah dibentangkan iaitu Perioperative Management of Obstructive Sleep Apnea (OSA) oleh Jabatan Anestesiologi serta What Is Your ABO? oleh Jabatan Transfusi.
Sesi CME ini telah dihadiri oleh Dr. Calvin Singh, Timbalan Pengarah Perubatan II, bersama ketua-ketua jabatan, pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai sains, pegawai perubatan siswazah, jururawat serta wakil perkhidmatan sokongan.


Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para penceramah dan hadirin sepanjang sesi ini jelas mencerminkan kepentingan CME hospital sebagai platform berterusan dalam penambahbaikan ilmu dan amalan klinikal demi memastikan penjagaan serta perawatan pesakit yang berkualiti. Setiap topik yang dibentangkan telah disusuli dengan sesi soal jawab yang aktif, diikuti perkongsian pandangan serta perbincangan yang bernas oleh pasukan penceramah.
Diharapkan penganjuran CME hospital akan terus diperkasakan sebagai medium utama dalam meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan kualiti penjagaan serta perawatan pesakit di hospital ini.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

 

 

Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri Bil. 1 Tahun 2026

Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri Bil.1 Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya dan dipengerusikan oleh Dr. Zarina binti Fuad. Mesyuarat ini membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pelawat Psikiatri, perkembangan perkhidmatan psikiatri serta isu-isu semasa yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut. Pandangan dan cadangan konstruktif daripada ahli-ahli mesyuarat telah dikemukakan bagi memperkukuh pemantauan serta meningkatkan kualiti penjagaan dan kebajikan pesakit psikiatri.

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

🔥 PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL SERI MANJUNG | JANUARI 2026 🔥

🔥 PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL SERI MANJUNG | JANUARI 2026 🔥

Perhimpunan Bulanan Hospital Seri Manjung bagi bulan Januari 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib sebagai platform penyampaian amanat pengurusan, penetapan halatuju serta pengukuhan komitmen bersama seluruh warga kerja hospital dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berintegriti.

Dalam amanat yang disampaikan, pengurusan hospital menekankan keutamaan strategik tahun 2026 yang merangkumi pemantapan keselamatan pesakit, peningkatan kualiti perkhidmatan klinikal, pengukuhan tadbir urus berintegriti serta kebajikan dan kesejahteraan warga hospital. Antara inisiatif utama yang diketengahkan termasuk pembukaan Klinik Sihat HSM dan Wad 9 sebagai langkah strategik meningkatkan kapasiti serta keupayaan perkhidmatan hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pasukan Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) yang telah bertindak sebagai urus setia Perhimpunan Bulanan kali ini dan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen, profesionalisme dan kerjasama berpasukan yang cemerlang. Penghargaan khusus turut diberikan kepada Ketua Jabatan O&G, Dr. Kamal Nazmir Kamarudin, atas kepimpinan dan sokongan berterusan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan penganjuran majlis.

Perhimpunan ini diakhiri dengan bacaan Surah Yasin, yang dilaksanakan sebagai amalan rutin hospital dan turut diadakan sempena sambutan Israk dan Mikraj, sebagai usaha menyemai nilai kerohanian, kebersamaan dan keseimbangan rohani dalam kalangan warga kerja.

Pengurusan Hospital Seri Manjung merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas sokongan dan komitmen berterusan. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kesihatan awam.

💪 Bersama kita melangkah ke hadapan, memperkasa perkhidmatan, menjunjung integriti demi kesejahteraan rakyat.

#HospitalSeriManjung

#PerhimpunanBulanan

#HSM2026

 

Ikuti FB Hospital Seri Manjung

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

065239
Today: 47
Total: 65,239

Tarikh Kemaskini

  • 31 Julai 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video