||MESYUARAT MORTALITI & MORBIDITI JABATAN PEMBEDAHAN AM||
17 Disember 2025 – Aktiviti pemantauan Mortaliti dan Morbiditi merupakan salah satu inisiatif kualiti yang amat penting dan dilaksanakan secara berterusan di peringkat jabatan klinikal serta peringkat Hospital Seri Manjung.
Sehubungan itu, Jabatan Pembedahan Am telah menganjurkan Mesyuarat Mortaliti & Morbiditi peringkat jabatan yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Calvin Singh a/l Jeswant Singh, Timbalan Pengarah Perubatan II, bertempat di Bilik Seminar, Pusat Rawatan Harian. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Perubatan Tadbir Urus Klinikal dari Unit Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal.
Mesyuarat ini diadakan secara berkala bagi membincangkan kes-kes kematian serta isu berkaitan perawatan pesakit, khususnya melibatkan pesakit yang menjalani prosedur pembedahan melalui pendekatan perioperative mortality review. Perbincangan yang dijalankan bertujuan mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan perawatan pembedahan yang lebih cekap, berkesan serta sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pesakit.
Pihak Hospital Seri Manjung merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr. (Dr.) Tan Wing Nung, Ketua Jabatan Pembedahan Am, serta seluruh warga Jabatan Pembedahan Am atas komitmen dan usaha berterusan dalam melaksanakan inisiatif kualiti ini. Diharapkan pelaksanaan mesyuarat seumpama ini akan terus menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pesakit secara menyeluruh.
#hospitalserimanjung #HSM2025 #cemerlangbersama


