• Main
  • Services
  • Pengurusan Klinikal
  • Latihan

LATIHAN

No Telefon : 05-6298400 samb. 8863

CARTA ORGANISASI (Klik)

PENGENALAN

Unit Latihan Hospital Teluk Intan adalah sebuah unit sedia ada yang kini diletakkan di bawah Direktori Pengurusan Klinikal. 1 orang Penyelaras telah dilantik pada Disember 2019 menjadikan jumlah kekuatan kakitangan adalah seramai 2 orang. Penyelaras unit latihan ini juga mengalas tanggungjawab sebagai Penyelaras Unit Casemix Hospital Teluk Intan & Hospital Kluster Perak Selatan.

VISI

Menuju ke arah sebuah unit latihan yang signifikan dan holistik bagi memacu pembangunan prestasi dan kemahiran semua anggota HTI.

MISI

  • Menyediakan peluang latihan yang terancang bersesuaian dengan kepentingan jabatan secara adil dan telus.
  • Untuk menjadikan tenaga kerja HTI berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam menuju kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui latihan yang disediakan.
  • Memastikan Hospital Teluk Intan merupakan tempat latihan yang kondusif dan berprestij.

OBJEKTIF

Membantu dan memudah cara anggota Hospital Teluk Intan dalam urusan berkaitan latihan serta memantau agar semua anggota hospital memperolehi peluang-peluang mengikuti latihan / bengkel / konferens samada di peringkat dalaman / dalam negara / luar negara dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi diri dan organisasi.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Unit Latihan ini dipertanggungjawabkan untuk menyelaras perkara-perkara berkaitan latihan dan memanjangkan permohonan Latihan dari Jabatan/ unit kepada Pegawai Pelulus. Selain itu, unit ini juga menguruskan pelaksanaan Kursus Orentasi Umum bagi semua anggota lantikan baru/bertukar masuk serta orentasi khusus bagi Unit Kawalan Infeksi dan Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Antara perkhidmatan Utama Unit Latihan adalah seperti berikut:

  • Bertindak sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Latihan Hospital Teluk Intan dan Hospital Kluster Perak Selatan.
  • Menyelaras pelaksanaan Perancangan Latihan Tahunan Hospital Teluk Intan dan Hospital Kluster Perak Selatan.
  • Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Latihan Hospital kepada pihak pengurusan bagi menilai keberkesanan latihan yang dijalankan.
  • Merancang dan menyelaraskan keperluan Bajet Latihan dalam Perkhidmatan bagi Hospital Teluk intan dan Hospital Kluster Perak Selatan.
  • Merancang dan melaksanakan orientasi umum bagi anggota Hospital Teluk Intan yang baru dilantik dan bertukar masuk.
  • Menyelaraskan orentasi di Unit Kawalan Infeksi dan Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bagi anggota lantikan baru/bertukar masuk dan Pelajar.
  • Menguruskan dan memanjangkan permohonan menjalankan kursus/ bertugas luar pejabat dari jabatan/unit kepada Pegawai Pelulus.
  • Menyelaras dan menguruskan permohonan/pencalonan anggota Hospital untuk mengikuti latihan anjuran institusi latihan swasta.
  • Menyelaras dan menguruskan permohonan/ pencalonan anggota Hospital ke KKM untuk mengikuti kursus jangka pendek luar negara di bawah anjuran agensi luar.
  • Menyelaras dan menguruskan permohonan pelajar menjalani “attachment” atau Latihan Industri dari IPTA/IPTS dalam dan luar Negara.
  • Menguruskan permohonan untuk melanjutkan ijazah dan Pos Basik bagi anggota Hospital Teluk Intan.
  • Mengawal selia penganjuran Latihan dalam Perkhidmatan di Hospital Teluk Intan.
  • Melaksanakan Audit Kepatuhan Pelaksanaan Penganjuran Kursus Pasca PKP di Hospital Teluk intan.

JAWATANKUASA LATIHAN HOSPITAL TELUK INTAN

Jawatankuasa ini diwujudkan sebagai medium perantara dan perbincangan antara Unit Latihan dan jabatan/unit. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Latihan Peringkat Hospital Teluk intan dari setiap jabatan/unit telah dilakukan pada 5 Disember 2019.

TERMA RUJUKAN AHLI JAWATANKUASA LATIHAN PERINGKAT HOSPITAL

Tugas Jawatankuasa Latihan Hospital Teluk Intan adalah seperti berikut;

  • Memantau pelaksanaan latihan anggota dan penganjuran kursus di Jabatan/unit masing-masing.
  • Menganalisa keperluan latihan anggota di Jabatan/unit melalui format Training Need Assesment(TNA).
  • Memantau dan menyelenggara perekodan latihan anggota di Jabatan/Unit melalui My CPD dan buku log latihan anggota.
  • Menyediakan laporan hal-hal berkaitan latihan yang diminta oleh Unit Latihan Hospital Teluk Intan untuk tujuan rekod dan pemantauan.
  • Merangka Pelan Operasi Latihan Tahunan bagi Jabatan/unit masing-masing.
  • Bersidang di Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Hospital Teluk Intan bagi membincangkan hal-hal berkaitan latihan.
FaLang translation system by Faboba