NEUROFISIOLOGI

No. Telefon : 05-6298400 samb. 8932

CARTA ORGANISASI (Klik)

PENGENALAN
Unit Neurofisiologi  Jabatan Perubatan Hospital Teluk Intan memberi perkhidmatan ujian elektroensefalogram (EEG) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan dari Hospital Teluk Intan, klinik-klinik kesihatan Hilir Perak dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah melalui pesanan dari Pakar Perubatan atau Pakar Kesihatan Keluarga. Pada tahun 2012 perkhidmatan ujian EEG diperluaskan ke sebahagian kecil Daerah Perak Tengah yang berhampiran yang mana pesakit difikirkan lebih sesuai dan dekat jarak perjalanannya.

VISI
Mewujudkan sebuah pusat Neurodiagnostik yang cekap dan bermutu.

MISI
Menawarkan skill profesional terbaik untuk perkhidmatan Neurodiagnostik kepada pelanggan.

OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti,efisyen dan efektif dengan menggunakan kaedah rawatan yang terkini yang diberikan oleh anggota Neurofisiologi yang terlatih, prihatin dan komited.
- Melibatkan kerjasama individu dan masyarakat dalam mempromosikan Neurofisiologi

FaLang translation system by Faboba