Menjalankan pengurusan dan klinikal yang mengendalikan hal ehwal anggota kejururawatan, penjagaan pesakit dan merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kejururawatan. Bidang tugas klinikal telah di bahagikan di antara Penyelia Jururawat serta bertanggungjawab ke atas unit-unit yang telah di tetapkan. Jururawat yang telah mengikuti kursus kepakaran pos basik akan ditempatkan mengikut kepakaran masing-masing untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan. Jururawat mengikut kategori diagihkan mengikut keperluan di wad dan klinik.
SKOP TUGAS PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
- Melaksanakan aktiviti penyeliaan dan pemantauan rawatan kejururawatan
- Melaksanakan aktiviti program kejururawatan.
- Melaksanakan permohonan dan pemantauan Sijil Pengamalan Jururawat Tahunan
- Pengurusan sumber manusia – pengagihan, permohonan dan penempatan anggota jururawat mengikut keperluan perkhidmatan.
- Dan merangkumi beberapa komponen seperti berikut:
- Perawatan Klinikal
- Perlaksanaan dan Pemantauan Patient Safety Goals
- Pengurusan Latihan (Continous Professional Development)
- Kajian dan Penyelidikan
VISI UNIT KEJURURAWATAN
Kejururawatan akan menjadi satu pasukan kesihatan yang professional dengan mempertingkatkan tahap perawatan kompetensi yang optima, dedikasi serta hormat kepada kemuliaan insan.
MISI UNIT KEJURURAWATAN
Memberi perawatan yang berkualiti dan efisyen kepada pesakit/pelanggan seiringan dengan teknologi dan kemudahan yang sedia ada.
OBJEKTIF UNIT KEJURURAWATAN
- Untuk melicinkan pentadbiran dan penyeliaan di wad/unit dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti serta perhubungan yang baik di antara kakitangan dan orang awam.
- Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf perawatan pesakit yang bermutu tinggi pada setiap masa, serta memenuhi kehendak pelanggan (pesakit) melalui pemantauan tahap penjagaan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan piawaian kejururawatan yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN UNIT KEJURURAWATAN
- Setiap pesakit akan diberi perawatan kejururawatan sewajarnya yang berkualiti di hospital dalam masa yang ditetapkan
- Setiap pesakit akan ditempatkan diatas katil dalam masa 15minit selepas kemasukan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur kejururawatan yang dilakukan.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.
- Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang
FALSAFAH UNIT KEJURURAWATAN
Mengamalkan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Konsep 10s