VISI
Menjadi badan pemantau profesional dalam memastikan keberkesanan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam (6) perkhidmatan utama iaitu ‘Facility Management Services’ (FMS), ‘Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS), ‘Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS), Linen and Laundry Services, (LLS), ‘Cleansing Services’ (CLS), dan ‘Healthcare Waste Management Services, (HWMS) bagi menjamin kesejahteraan dan pembangunan Institusi Kesihatan Kerajaan berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif.
MISI
Misi kami ialah untuk memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dipantau dan dilaksana dengan berkesan melalui:
- Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan sistem dan peralatan ’Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS) di hospital selamat serta berada di tahap optimum untuk digunakan.
- Pematuhan sepenuhnya kepada MS IEC 60601 bagi kesemua peralatan ’Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS) serta pematuhan kepada MS 838 bagi peralatan radiologi.
- Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) berjalan secara teratur dan selamat dari aspek kesihatan.
- Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Cleansing Services’ (CLS) berjalan secara teratur dan selamat.
- Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Linen and Laundry Services’ (LLS) berjalan secara teratur dan selamat.
PIAGAM PELANGGAN
- Memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan di HBG adalah yang terbaik di Malaysia.
- Memberi keutamaan kepada peralatan atau sistem kritikal bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.
- Melaksana pemantauan berkesan terhadap aduan-aduan yang dikemukakan oleh pihak pengguna sekiranya aduan tersebut tidak dapat ditangani oleh syarikat konsesi.
- Memastikan enam (6) perkhidmatan sokongan hospital berjalan secara teratur dan lancar mengikut prosedur yang ditetapkan.
WAKTU OPERASI
Isnin Hingga Khamis : 8.00 - 5.00 petang
Rehat (1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.00 - 5.00 petang
Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)
Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum - Tutup