Objektif
- Memberi perkhidmatan pengimejan diagnostic yang berkualiti serta mempunyai nilai diagnostic serta cekap dan berkesan.
- Memastikan kadar penolakan filem adalah kurang dari 2.5% daripada jumlah penggunaan filem.
Piagam Pelanggan
- Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam masa 30 minit.
- Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan khas dalam masa 2 jam.
- Segala maklumat diagnosa pesakit akan dirahsiakan.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
- Membuat Pemeriksaan Radiografi AM
- Membuat Pemeriksaan Radiografi Mudah Gerak
- Memberi Temujanji Pemeriksaan Khas
Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan
- Memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam seperti dari Unit Kecemasan, wad-wad dan juga klinik
- Memberi perkhidmatan kepada pesakit luar iaitu dari Klinik-Klinik Kesihatan sekitar dan lain-lain.
Polisi & Prosedur
Terdapat 3 polisi dan prosedur di Unit Radiologi:
- Polisi Unit Radiologi
- Polisi Keselamatan dan Perlindungan Sinaran
- Polisi Pelatih Praktikal