my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kejururawatan

UNIT KEJURURAWATAN

PENGENALAN

Unit Perkhidmatan Kejururawatan merupakan bahagian yang terbesar dalam organisasi hospital yang diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat U42 dengan jumlah 508 orang jururawat (data statistik pada Disember 2021) dibawah jagaannya. Melakukan tugas penyeliaan, pengurusan dan pentadbiran kejururawatan yang menyeluruh terhadap Perkhidmatan Kejururawatan dan bertanggungjawab menjaga Unit Kawalan Infeksi, Unit Kualiti dan CRC. Dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 di bilik KPJH untuk menjalankan tugasan harian bahagian pengurusan.

Ketua Penyelia Jururawat U42 bersama Penyelia Jururawat U41 seramai 1 orang dan U36 seramai 6 orang merancang, melaksanakan, menyelaras dan menilai amalan kejururawatan serta bertanggungjawab di dalam perlaksanaan tugas harian di bahagian klinikal yang ditetapkan.

Anggota Kejururawatan terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan perawatan kejururawatan dan berganding bahu dengan semua jabatan atau unit di hospital ini. Unit Kejururawatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan perawatan klinikal pesakit dalam dan pesakit luar

Menjalankan pengurusan dan klinikal yang mengendalikan hal ehwal anggota kejururawatan, penjagaan pesakit dan merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kejururawatan.  Bidang tugas klinikal telah di bahagikan di antara Penyelia Jururawat serta bertanggungjawab ke atas unit-unit yang telah di tetapkan.  Jururawat yang telah mengikuti kursus kepakaran pos basik akan ditempatkan mengikut kepakaran masing-masing untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan.  Jururawat mengikut kategori diagihkan mengikut keperluan di wad dan klinik.

SKOP TUGAS  PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

  1. Melaksanakan aktiviti penyeliaan dan pemantauan rawatan kejururawatan
  2. Melaksanakan aktiviti program kejururawatan.
  3. Melaksanakan permohonan dan pemantauan Sijil Pengamalan Jururawat Tahunan
  4. Pengurusan sumber manusia – pengagihan, permohonan dan penempatan anggota jururawat mengikut keperluan perkhidmatan.
  5. Dan merangkumi beberapa komponen seperti berikut:
  • Perawatan Klinikal
  • Perlaksanaan dan Pemantauan Patient Safety Goals                         
  • Pengurusan Latihan (Continous Professional Development)
  • Kajian dan Penyelidikan

VISI UNIT KEJURURAWATAN

Kejururawatan akan menjadi satu pasukan kesihatan yang professional dengan mempertingkatkan tahap perawatan kompetensi yang optima, dedikasi serta hormat kepada kemuliaan insan.

MISI UNIT KEJURURAWATAN

Memberi perawatan yang berkualiti dan efisyen kepada pesakit/pelanggan seiringan dengan teknologi dan kemudahan yang sedia ada.

OBJEKTIF UNIT KEJURURAWATAN

  • Untuk melicinkan pentadbiran dan penyeliaan di wad/unit dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti serta perhubungan yang baik di antara kakitangan dan orang awam.
  • Mempertingkatkan dan mengekalkan serta menjamin taraf perawatan pesakit yang bermutu tinggi pada setiap masa, serta memenuhi kehendak pelanggan (pesakit) melalui pemantauan tahap penjagaan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan piawaian kejururawatan yang ditetapkan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT KEJURURAWATAN

  1. Setiap pesakit akan diberi perawatan kejururawatan sewajarnya yang berkualiti di hospital dalam masa yang ditetapkan
  2. Setiap pesakit akan ditempatkan diatas katil dalam masa 15minit selepas kemasukan
  3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  4. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur kejururawatan yang dilakukan.
  5. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.
  6. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang

FALSAFAH UNIT KEJURURAWATAN

Mengamalkan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia  dan  Konsep 10s

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059581
Today: 32
Total: 59,581

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video