my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Psikologi Kaunseling

PENGENALAN

Unit Psikologi Kaunseling mempunyai perjawatan seramai 1 orang pegawai yang ditempatkan di bahagian Pengurusan Hospital Seri Manjung. Kini, unit ini dikendalikan oleh seorang pegawai iaitu Puan Loo Siew Chee, Pegawai Psikologi (Kaunseling) S41, di bawah seliaan Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) dan Pengarah Hospital. Unit Psikologi Kaunseling sebelum ini ditempatkan di dalam Jabatan Pesakit Luar dan kemudiannya akan dipindahkan ke blok berdekatan dengan Unit Penjagaan Luka, Jabatan Psikiatri dan Farmasi Pesakit Luar.

VISI

Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang profesional.

MISI

Perkhidmatan psikologi kaunseling ini diberikan oleh pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.

OBJEKTIF

  1. Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  2. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
  3. Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan.

PIAGAM PELANGGAN

  1.  Setiap klien yang dirujuk perlu diberi perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh rujukan diterima.
  2. Setiap sesi kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 45 minit manakala kaunseling kelompok/ keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 90 minit.
  3. Setiap klien akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris dan individu signifikan kepada pesakit (luar dan dalam), warga kerja serta pelatih institusi latihan KKM. Perkhidmatan ini dilaksanakan di bilik kaunseling, wad, klinik psikiatri, klinik terapi gantian metadon, kawasan bencana, dan lain-lain yang berkaitan.

1. Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan

 2. Modaliti Intervensi

 Intervensi yang dijalankan adalah berdasarkan empat (4) pendekatan utama seperti berikut: 

  • Kemanusiaan (Humanistic)
  • Psikoanalisis
  • Kognitif
  • Tingkah Laku (Behavioral)

 3. Pengukuran Psikologi

 Perkhidmatan ini turut menggunakan alat pengukuran psikologi sebagai instrumen untuk mengukur: 

  • Personaliti
  • Minat Kerjaya
  • Emosi
  • Tingkah Laku
  • Daya Tindak
  • Sikap
  • Dan sebagainya.

Waktu Operasi :

  • Isnin Hingga Khamis  - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (1.00 - 2.00 petang)
  • Jumaat                     - 8.00 - 5.00 petang 
    • Rehat (12.15 tengahari -2.45 petang)
  • Sabtu & Ahad & Hari Cuti Umum  - Tutup

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059546
Today: 89
Total: 59,546

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video