JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
VISI DIETETIK DAN SAJIAN
Jabatan Dietetik dan Sajian menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI DIETETIK DAN SAJIAN
adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
- untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
- untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksama tidak membebankan
- cekap wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
- dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
PIAGAM PELANGGAN
JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
Kami berjani untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyanyang dan berkualiti :
- Setiap pesakit yang dimasukkan ke wad akan dihidangkan makanan mengikut kelas kelayakan yang sepatutnya seperti yang diinden oleh wad.
- Setiap pesakit akan dihidangkan dengan makanan yang bersih, selamat dan berkhasiat.
- Setiap pesakit akan dihidangkan dengan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam seperti yang diinden oleh wad.
- Makanan akan siap disediakan untuk diambil oleh wad mengikut waktu berikut :
Sarapan : 8.00 Pagi
Makan Tengahari : 12.00 Tengahari
Minum Petang : 4.00 Petang
Makan malam : 6.00 Petang
- Setiap pesakit yang dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan akan diberi perkhidmatan kaunseling pemakanan mengikut penilaian oleh Pegawai Dietetik.
- Segala maklumat/cadangan boleh dibuat melalui;
*Peti Cadangan
*Perjumpaan/telefon dengan Pegawai Dietetik di talian : 05-6896600 Ext : 6717/6861
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan makanan untuk pesakit dalam dan doktor yang bertugas atas panggilan.
- Pengurusan Stor
- Menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal
MASA OPERASI
Perkhidmatan Penyedian Makanan
- Jabatan Sajian dibuka setiap hari dalam setahun dari 6.30 pagi sehingga 6.30 petang
- Semua anggota perlu menggunakan thumb print semasa masuk dan keluar bekerja
- Jabatan sajian beroperasi dalam tempoh 12 jam iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga ke pukul 6.30 petang dan anggota yang terlibat dalam operasi dibahagikan kepada 2 shift.
- Shift pagi : 30 pagi hingga 1.30 tengahari
- petang : 30 tengahari hingga 6.30 petang
- Setiap shiff akan diketuai oleh Pegawai Yang Menjaga iaitu Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Perkhidmatan Dietetik klinikal
- Perkhidmatan Dietetik klinikal iaitu Medical Nutrition Therapy akan dijalankan oleh Pegawai Dietetik dalam tempoh waktu pejabat iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut penerimaan rujukan daripada wad.
- Pegawai Dietetik akan membuat lawatan ke wad bagi pesakit dalam dalam tempoh:
- 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam urgent
- 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam non urgent
- Pegawai Dietetik akan menemui pesakit di klinik pesakit luar mengikut temujanji yang telah ditetapkan iaitu:
Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat
Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari untuk hari Isnin dan Rabu
9.30 pagi hingga 12.15 tengahari untuk hari Jumaat
Hari : Selasa, Khamis ( Kelas Pendidikan Diabetes untuk ibu mengandung)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 Tengahari
Hari : Selasa ( kelas pendidikan Diabetes untuk kanak-kanak)
Masa : 2.00 petang hingga 4.30 petang


