my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Peranan Ahli Lembaga Pelawat

  

   icon senarai ALP

 

Ahli Lembaga Pelawat

 Peranan Lembaga Pelawat Hospital 


Peranan Lembaga Pelawat adalah seperti berikut:

 a. Penghubung Antara Hospital dengan Komuniti

i)  Lembaga Pelawat Hospital merupakan ejen penghubung antara hospital dengan komuniti bagi menyebar luas maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh hospital; dan

ii) Lembaga Pelawat Hospital bertanggungjawab menjelaskan isu berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan hospital kepada orang awam dari semasa ke semasa bagi menjaga nama dan imej hospital serta mengelakkan tanggapan negatif dalam kalangan komuniti.

 b. Mengadakan Lawatan ke Hospital

Lembaga Pelawat Hospital perlu mengadakan lawatan ke hospital bagi mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh hospital meliputi aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.


c. Menyumbang Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit dan Hospital

i) Lembaga Pelawat Hospital juga boleh menyelaras bantuan kewangan dan sumbangan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan di hospital seperti kemudahan di lobi hospital dan tempat menunggu pesakit;

ii) Lembaga Pelawat Hospital boleh menyumbang sebarang bentuk perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital seperti menyediakan bahan bacaan dan menghadiahkan pakaian untuk pesakit dan barang permainan untuk pesakit kanak-kanak; dan 

iii)  sebarang bantuan kewangan atau sumbangan daripada pihak luar perlu mematuhi prosedur yang berkuat kuasa.

d. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital

(i) Lembaga Pelawat Hospital hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah dan kempen kesedaran penyakit; dan

(ii) Lembaga Pelawat Hospital boleh merangka aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk membantu hospital menjayakan program-program yang dirancang.

 

 UNTUK MAKLUMAN

Segala urusan mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung perlu dibuat sendiri oleh pesakit atau keluarga pesakit dengan pihak Hospital. Ahli Lembaga Pelawat tidak menguruskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hospital.

 

googlemap1

HOSPITAL SERI MANJUNG
32040 Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan

  05-6896600
   hsmanjung@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

059584
Today: 35
Total: 59,584

Tarikh Kemaskini

  • 12 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video