Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi (A&P) bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan perkhidmatan farmasi di negeri Perak agar setanding dengan kemajuan perkembangan farmasi seluruh Malaysia. Menyedari kepentingan penggunaan ubat secara berkualiti, konsep penjagaan farmaseutikal di mana peningkatan kualiti kehidupan pesakit adalah menjadi keutamaan.
Cawangan A&P dibahagikan kepada 5 seksyen iaitu:
- Seksyen Farmasi Ambulatori
- Seksyen Farmasi Pesakit Dalam, Formulari dan Pharmacy Information System (PhIS)
- Seksyen Farmasi Klinikal
- Seksyen Pengurusan Farmasi Logistik dan Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF)
- Seksyen Penggunaan Ubat Berkualiti
Fungsi utama Cawangan A&P adalah untuk memastikan :
- Terapi ubat-ubatan yang optimum dan memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dengan memastikan pengurusan perolehan, pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta;
- Promosi penggunaan ubat yang rasional dan kos-efektif melalui perkhidmatan farmasi klinikal dan profesional yang terkini selaras dengan perkembangan sejagat.