Cawangan Pengurusan Farmasi
Program Farmasi adalah salah satu dari 5 program utama Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Aktiviti di bawah program ini adalah luas yang juga melibatkan aspek pengurusan yang melibatkan semua hospital-hospital dan fasiliti kesihatan awam di seluruh Negeri Perak. Ini termasuklah pentadbiran, penjawatan dan latihan.
Selain daripada itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga terlibat secara terus dengan pengurusan aktiviti Farmasi dengan Ibu Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
Bagi pengurusan penjawatan, terdapat tiga (3) kategori jawatan utama yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi:
- Pegawai Farmasi
- Penolong Pegawai Farmasi
- Pembantu Tadbir (Stor)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perak akan menguruskan pertambahan jawatan. Pertambahan jawatan dapat membantu proses pemurnian penjawatan dan memenuhi keperluan sumber manusia di semua fasiliti termasuk Klinik 1 Malaysia. Walaubagaimanapun pertambahan jawatan ini sangat diperlukan dari masa ke masa selaras dengan pertambahan perkhidmatan, fasiliti dan beban kerja. Selain itu, pertambahan ini juga diperlukan untuk menampung penjawatan yang diisi oleh Pegawai Farmasi Pelatih.