02-e
Seksyen Penggunaan Ubat Berkualiti
Seksyen ini berperanan dalam :
- Merancang, memantau dan menganalisis aktiviti pendidikan mengenai ubat-ubatan dan penyediaan akses maklumat ubat-ubatan untuk orang awam.
- Memberi pendidikan kepada orang awam mengenai cara penggunaan ubat berkualiti supaya kefahaman dan pengetahuan mengenai ubat-ubatan ditingkatkan untuk menggalakkan kepatuhan dan hasil rawatan yang baik.
- Meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan ubat-ubatan melalui pemantapan pengehakupayaan masyarakat (strenghtening community empowerment) melalui kerjasama dengan Duta Kenali Ubat Anda
- Menyediakan maklumat ubat-ubatan yang tepat, tidak berat sebelah dan relevan untuk disebarkan kepada orang awam melalui sebaran risalah, laman web dan media massa.
- Meningkatkan akses untuk rakyat mendapatkan maklumat ubat melalui Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan, portal Know Your Medicine serta secara atas talian.
- Menyediakan modul dan memberi latihan mengenai penggunaan ubat berkualiti kepada pengamal penjagaan kesihatan (Healthcare provider).
- Mengemas kini pangkalan data kesilapan pengubatan berdasarkan laporan-laporan yang diterima dari fasiliti kesihatan awam dan swasta seluruh negara.
- Menganalisis data kesilapan pengubatan dan menyediakan laporan-laporan berkaitan.
- Menggubal polisi / prosedur dan merancang serta menyelaras aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan.