Seksyen Farmasi Pesakit Dalam
Seksyen Farmasi Pesakit Dalam bertanggungjawab dalam menyelia, mengurus dan memantau pelaksanaan perkhidmatan Farmasi di fasiliti hospital di negeri Perak melibatkan pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan yang diperlukan oleh aktiviti unit-unit termasuklah aktiviti utama iaitu pembekalan ubatan kepada pesakit di wad serta stok-stok ubatan untuk kegunaan wad sendiri. Aktiviti pemantauan yang dilaksanakan melibatkan aktiviti-aktiviti unit Farmasi Pesakit Dalam seperti:
i. Patient’s Own Medicines:
Merupakan program yang dilaksanakan untuk memantau pembekalan ubatan kepada pesakit di wad di mana ubat-ubat pesakit yang digunapakai di rumah akan disemak dan dipastikan pembekalan nya kepada pesakit. Dilaksanakan dengan kerjasama anggota kesihatan di wad bersama anggota farmasi. Antara faedah pelaksanaan program ini adalah dapat memastikan regimen ubat pesakit tidak ketinggalan, ubatan pesakit dapat disemak dan disesuaikan dengan keperluan klinikal semasa pesakit, mengelakkan pesakit mengambil ubatan yang tidak perlu dan mengurangkan pembaziran ubatan.
ii. Pembekalan ubatan kepada pesakit dan unit wad serta lain-lain:
Pembekalan ini melibatkan dua jenis sistem pembekalan ubatan iatu Unit Dose (UDS) serta Unit of Use (UoU).
iii. Pembekalan ubatan kepada pesakit yang di-discaj daripada wad:
Unit farmasi turut mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan pembekalan ubat terus kepada pesakit di katil wad tanpa memerlukan pesakit hadir ke farmasi bagi mengambil ubat discaj.
iv. Perkhidmatan kaunseling terus kepada pesakit di wad:
Aktiviti ini dilakukan secara terus kepada pesakit di wad tanpa perlu pesakit hadir ke unit farmasi. Aktiviti ini membantu anggota farmasi dalam mengenalpasti sebarang isu berkaitan pengambilan ubatan oleh pesakit dan ia dapat membantu anggota farmasi dalam menerangkan secara terperinci berkaitan pengambilan ubatan oleh pesakit. Pemahaman pesakit dalam pengambilan ubat dapat meningkat pematuhan pesakit seterusnya meningkatkan tahap kesihatan pesakit.
v. Aktiviti-aktiviti formulasi ubat-ubatan:
Di antara jenis formulasi yang disediakan adalah sediaan bukan steril dan pembungkusan semua ubat-ubatan.
vi. Pharmacy Information System (PhIS & CPS) :
Selain itu, Seksyen Farmasi Pesakit Dalam juga bertanggungjawab dalam mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan serta penggunaan Pharmacy Information System (PhIS & CPS) di semua fasiliti di negeri Perak merangkumi hospital dan klinik kesihatan. Sistem ini adalah sistem berkomputer yang mengendalikan aktiviti inventori, pembekalan ubatan serta pelbagai aktiviti klinikal seperti kaunseling, pembancuhan ubatan, rekod-rekod klinikal dan lain-lain yang dilaksanakan oleh semua unit-unit Farmasi di fasiliti kesihatan. Sistem ini membolehkan pelaksanaan aktiviti Farmasi secara dalam talian dan membolehkan sistem fasiliti berhubung dengan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lain seluruh negara yang turut menggunakan sistem yang sama.