Umumnya Jabatan Kecemasan dan Trauma dikenali dengan nama Unit Kemalangan & Kecemasan (Accident and Emergency Department) , kemudian diubah kepada Unit Kecemasan . Pada masa ini ia dikenali dengan Unit Kecemasan & Trauma .
Suatu masa dulu adalah sebagai pintu masuk untuk pesakit menerima rawatan dan masuk ke wad . Unit Kecemasan bertindak sebagai “ Bus Stop “ dimana pesakit terus dimasukan ke wad tanpa rawatan sepatutnya. Peranan unit ini telah dipertingkatkan mengikut perkembangan perubatan terkini dan pada masa ini merupakan sebuah unit yang memberikan rawatan awal dan menstabilkan pesakit untuk mengelakkan morbidity dan mortality meningkat. Pada tahun 1990, pembaharuan telah di buat di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan melaksanakan Sistem Triage , Zone Rawatan , Asthma Bay dan OSCC untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pre Hospital (Pre Hospital Care)
-
- Menyediakan Perkhidmatan Pra Hospiral dan rawatan kecemasan .
- Menyediakan Pasukan Perlindungan Perubatan (medical standby team) .
- Menyediakan Pasukan Perkhidmatan Pra Hospital dan Pasukan Bertindak Kecemasan semasa kejadian bencana .
- Perkhidmatan Call Centre
Membantu regional call centre iaitu MECC Hospital Ipoh sebagai salah satu `hub’ (Hospital Daerah) bagi menguruskan panggilan ambulan dan menghantar bantuan Pasukan Pra Hospital dengan kadar segera ke tempat kejadian.
- Hospital Care
- Beroperasi 24 jam sehari.
- Melakukan diagnostik dan rawatan pemulihan bagi kes-kes kecemasan .
- Memberikan rawatan awal untuk kes – kes bukan kecemasan .
- Pengurusan Bencana
- Sentiasa bersiap sedia untuk memberikan rawatan kecemasan bila diperlukan semasa bencana.
- Menyediakan pasukan perubatan semasa kejadian atau bencana selaras dengan Arahan MKN 20.
- Perkhidmatan lain.
- Memberikan rawatan kepada pesakit bukan kecemasan di klinik lokum pada waktu yang ditetapkan.
- Melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan terhadap tahanan polis.
- Mengendalikan kes – kes medicolegal di One Stop Crisis Centre (OSCC).
- Mengendalikan jenazah / mayat , menguruskan proses bedah siasat ( post mortem ) dan penyerahan jenazah / mayat kepada waris.