my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Haemodialisis

pichemo

Unit Hemodialisis Hospital Kuala kangsar mula beroperasi pada 5 Julai 2004 dengan empat buah mesin dialisis. Tiga unit mesin dialisis digunakan untuk merawat kes negatif dan satu mesin untuk merawat kes hepatitis C positif. Dua unit mesin ADR-88 bagi memproses penggunaan semula dialyzer dan satu unit sistem rawatan air Reverse Osmosis . Jumlah pesakit ketika itu hanyalah 8 orang sahaja. Ketika ini (  Ogos 2015 ), Hospital Kuala Kangsar  menyediakan rawatan kepada 39 orang pesakit Negatif dan 2 orang pesakit Hepatitis C positif. Jumlah mesin dialisis ketika ini adalah 8 buah. Jumlah  tempat  untuk rawatan dialisis yang masih berbaki hanyalah 1 orang untuk kes negatif dan 2 orang untuk Hepatitis C positif.

FUNGSI UNIT

Unit Hemodialisis  berfungsi merawat kes-kes pesakit yang telah disahkan sebagai End Stage Renal Failure, ( ESRF ). Antara perkhidmatan yang diberikan adalah :-

  1. Rawatan Hemodialisis. - Setiap pesakit akan dirawat selama 4 jam setiap sesi dan perlu menjalani rawatan 3 kali setiap minggu.
  2. Klinik Pakar Nefrologi. - Setiap pesakit yang mendapat rawatan di Unit Hemodialisis akan dilihat oleh Pakar Nefrologi setiap 3 bulan untuk menilai perkembangan semasa pesakit

googlemap1

HOSPITAL KUALA KANGSAR
Jalan Sultan Idris Shah I
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

  05-7763333
   hkangsar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 8,845

Tarikh Kemaskini

  • 03 Oktober 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video