Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Hospital Kuala Kangsar.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda kerana sudi melayari laman web kami. Platform ini diwujudkan sebagai salah satu usaha hospital untuk mendekatkan perkhidmatan kami kepada masyarakat dengan menyediakan maklumat yang tepat, terkini dan mudah diakses.
Hospital Kuala Kangsar komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat. Seiring dengan perkembangan teknologi, kami berusaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan saluran digital seperti laman web dan juga Facebook Page.
Adalah menjadi harapan kami agar laman web ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan hospital, kemudahan yang disediakan serta informasi kesihatan yang bermanfaat. Kami juga sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada anda bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami.
Akhir kata, kami beriltizam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan keprihatinan demi kesejahteraan komuniti.
Sekian, terima kasih.
DR. MOHAMMAD MIQDAM BIN ABDUL AZIZ
Pengarah Hospital Kuala Kangsar

