HOSPITAL KUALA KANGSAR
Hospital Kuala Kangsar merupakan hospital daerah yang terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Hospital ini telah dijadikan Hospital Kluster kepada Hospital Taiping (Hospital Kluster Perak Utara - HKPUTRA) pada bulan Julai 2018. Dibawah Program Hospital Kluster ini, Hospital Kuala Kangsar telah mendapat mandat bagi menempatkan pesakit yang stabil dari Hospital Taiping untuk meneruskan rawatan di sini.
- Terletak di Jalan Sultan Idris Shah 1, Mukim Kota Lama Kiri.
- 1 ½ kilometer dari pusat bandar
- Keluasan tapak adalah seluas 22 ekar
- 5 kilometer dari Lebuhraya Utara – Selatan
- Dirasmikan oleh Mantan YBMK Dato’ Lee Kim Sai, pada tahun 1993.
- Sebuah hospital daerah tanpa pakar.
- Pusat rujukan hospital berpakar terdekat :
* Hospital Taiping (37 km)
* Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (41km)