Unit Pengimejan Diagnostik adalah merupakan salah satu Unit Sokongan utama dalam membantu proses perubatan atau membuat diagnosis ke atas pesakit atau pelanggan. Unit ini dikendalikan oleh seorang Juru X-Ray U32, 3 orang Juru X-Ray U32 ( KUP ), seorang Juru X-Ray U29 dan disokong oleh 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK ) U11. Matlamat utama unit ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengimejan yang bermutu tinggi dan tepat dari segi kualiti dan nilai diagnosisnya serta selamat dari segi keselamatan radiasinya. Peranan utama Unit ini adalah untuk memberi perkhidmatan pengimejan yang komprehensif kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Unit ini.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pengimejan Diagnostik adalah pada waktu pejabat dan selepas waktu pejabat adalah dijalankan tugas atas panggilan atau On Call. Perkhidmatan Unit ini merangkumi pemeriksaan radiografi am dan juga radiografi mudah gerak atau Portable. Para pelanggan adalah terdiri dari Pegawai Perubatan atau pakar yang membuat permohonan untuk pemeriksaan radiografi atau prosedur-prosedur khas bagi pesakit-pesakit mereka yang memerlukan pemeriksaan. Radiograf-radiograf serta laporan-laporan yang dihasilkan dirujuk balik kepada Pegawai Perubatan untuk membantu mereka membuat perancangan tentang pengurusan pesakit mereka. Unit ini juga menerima permohonan pemeriksaan dari luar kawasan seperti klinik-klinik kesihatan sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong dan hospital-hospital berhampiran atau dari Hospital berpakar.