Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan merupakan antara salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam memastikan pesakit menerima bekalanu bat-ubatan yang betul dan selamat.Disamping turut membekalkan peralatan pakai buang dan ‘consumbles’ kepada semua unit yang terdapat di Hospital Kuala Kangsar.
Unit Farmasi dan Bekalan terdiri daripada tiga sub-unit yang berbeza iaitu:
- Farmasi Logistik
- Farmasi Pesakit Luar
- Farmasi Bekalan Wad
FUNGSI UNIT
FARMASI LOGISTIK
- Menguruskan perolehan ubat-ubatan dan bukan ubat yang akan dibekalkan kepada semua unit pemesan mengikut jadual pungutan yang ditetapkan.
- Melakukan proses penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran stok ubat dan bukan ubat.
- Mengendalikan barangan bertarikh luput dan lambat bergerak.
- Melaksanakan pelupusan dan pemeriksaan stok.
- Mengendalikan aduan produk dan panggil balik produk.
FARMASI PESAKIT LUAR
- Menguruskan pembekalan ubat kepada pesakit yang telah mendapat rawatan dari pegawai perubatan dari hospital ini ataupun rujukan dari hospital lain.
- Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pesakit yang memerlukan khidmat nasihat mengenai ubat-ubatan yang diambil.
- Menjalankan aktiviti prabungkusan bagi bekalan ubat jenis tablet.
FARMASI BEKALAN WAD
- Menguruskan pembekalan ubat melalui inden stok wad, unit of use dan unit of dose kepada pesakit dalam wad dan discaj.
- Membuat persediaan galenikal bagi bekalan pesakit dalam dan luar.
- Menjalankan aktiviti prabungkusan bagi sediaan internal dan eksternal.