my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Fisioterapi

picfisio

PERKHIDMATAN FISIOTERAPI

Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Kuala Kangsar merangkumi pendekatan menyeluruh yang memerlukan kemahiran.  Perkhidmatan disediakan untuk pesakit luar yang dirujuk dari klinik pakar atau dari klinik kesihatan. Terdapat juga kes-kes yang dirujuk daripada hospital lain bertaraf pakar atau bukan pakar.  Sementara itu, pesakit dalam pula dirujuk oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Kangsar.

Skop perkhidmatan Fisioterapi menawarkan kaedah perawatan seperti berikut :-

1.  Rawatan Pemulihan Secara  Senaman

-  Mobilisasi Sendi

-  Menguatkan Otot

-  Teknik Regangan Otot

-  Manipulasi Sendi

-  Manipulasi Tisu Lembut

-  ‘Motor Relearning Program’

-  Rawatan Penyakit Sistem Pernafasan (Chest Physiotherapy)

-  Rawatan senaman pasif dan aktif

Rawatan – rawatan  tersebut dijalankan di wad dan di Unit Fisioterapi untuk

-           Pemulihan bagi pesakit stroke,

-           Pemulihan bagi kecederaan spinal,

-           Pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas,

-           Penjagaan respiratori ,

2.  Rawatan Pemulihan Menggunakan Peralatan Elektrofizikal

  • Rawatan haba:

- Shortwave Diathermy

- Infra Red Therapy

- Moist Heat Pack

- Wax Bath

- Ultrasound Therapy

  • Rawatan Stimulasi Otot dan Saraf
  • TENS ( Transcutaneous Electrical Stimulation )
  • IT ( Interferential Therapy)
  • Traction untuk tulang cervical dan lumbar

3.  Rawatan Pemulihan Untuk kanak Kanak

Rawatan ‘Neurodevelopmental Therapy’ dan latihan semula ( re-education ) yang berterusan diberikan khusus untuk kanak- kanak yang mengalami kecacatan fizikal, mental dan masalah pernafasan.

Jenis- jenis kecacatan yang dirawat adalah:

  • Terencat akal – Cerebral Palsy , Post Head Surgery , Juvenile CVA.
  • Cacat Anggota – Poliomyelitis , CTEV , Torticollis
  • Masalah Pernafasan – pneumonia , asma dan bronkiolitis / bronkitis.  

 

googlemap1

HOSPITAL KUALA KANGSAR
Jalan Sultan Idris Shah I
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

  05-7763333
   hkangsar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 8,845

Tarikh Kemaskini

  • 03 Oktober 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video