my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Senarai Klinik Pakar Pelawat

 oftal info

 

Untuk memberikan perkhidmatan klinikal yang terbaik dalam suasana mesra pesakit, terus berusaha untuk mengoptimumkan keselesaan pesakit dan mengurangkan penderitaan mereka

● Untuk memberikan rawatan secara individu melalui penilaian, rancangan rawatan rawatan dan pemantauan kemajuan fizikal dan psikologi pesakit.

● Memberi perawatan kepada pesakit dengan kasih sayang dan rasa hormat terhadap kepercayaan dan latar belakang agama mereka.

● Untuk membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pesakit dan keluarga mereka.

● Untuk memastikan kerjasama yang baik antara pakar, pegawai perubatan dan paramedik dalam rawatan perubatan pesakit.

● Untuk memastikan pentadbiran klinik yang lancar, cekap dan berkesan.

● Untuk memainkan peranan aktif dalam pengembangan profesional berterusan kakitangan penjagaan mata melalui program pendidikan perubatan berterusan di rumah.

● Untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan sistem klinik dan kesihatan dengan melibatkan diri dalam pengumpulan data klinikal yang berterusan.

 
 date1 kali sebulan

time8.00am - 2.00pm


 

PEADS INFO

 

 Peadiatrik ialah kepakaran perubatan yang menguruskan masalah perubatan dan menyediakan penjagaan untuk bayi, kanak-kanak dan awal remaja. 

 
 date1 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm
 

 

 

 

 


MOPD INFO

 

Klinik Pakar Perubatan (MOPD) Hospital Kuala Kangsar memberikan perkhidmatan dan rawatan untuk kes-kes baru dan juga rawatan susulan dan kes rujukan berdasarkan tarikh temujanji yang telah ditetapkan

 
 date2 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm


SOPD INFO
 Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) Hospital Kuala Kangsar memberikan perkhidmatan kepakaran rawatan susulan pembedahan am dengan menyediakan penjagaan dan rawatan yang selamat kepada pesakit.
 
 date2 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm

 

 OG INFO

 

Obstetrik dan Ginekologi merupakan dua kepakaran perubatan yang berkait rapat dengan kesihatan organ reproduktif wanita, wanita hamil (obstetrik) dan tidak hamil (ginekologi). Pakar O&G merangkumi kedua-dua bidang kepakaran termasuk proses bersalin, serta kesihatan umum dalam sistem pembiakan wanita.

 
 date2 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm
 



SPORT INFO
 

Perubatan sukan memberi tumpuan kepada membantu atlet meningkatkan prestasi sukan mereka, pulih daripada kecederaan dan mencegah kecederaan. Ia adalah satu bidang penjagaan kesihatan yang berkembang pesat.

Pakar Perubatan Sukan merawat atlet amatur, atlet yang mahu keputusan yang lebih baik daripada program latihan mereka, atlet yang telah mengalami kecederaan dan cuba untuk mendapatkan semula fungsi penuh dan atlet kurang upaya yang cuba untuk meningkatkan mobiliti dan keupayaan.

 
 date2 kali sebulan

time8.00am - 2.00pm

DERMATO INFO

Pakar dermatologi merawat penyakit kulit, kulit kepala, rambut, kuku dan masalah kosmetik yang berkaitan. Pakar dermatologi mendiagnosis dan menguruskan penyakit-penyakit ini, yang meliputi masalah biasa seperti akne, dan masalah teruk seperti kutil serta penyakit jarang yang lain.

Perkhidmatan Pakar Dermatologi

  • Akne
  • Dermatologi kosmetik
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Alergi kulit
 
 date2 kali sebulan
time
8.00am - 2.00pm

 

RESPI INFO


Penyakit pernafasan atau penyakit resporatori ialah istilah perubatan yang merangkumi keadaan patologi yang menjejaskan organ dan tisu yang membolehkan pertukaran gas dalam organisme yang lebih tinggi, termasuk keadaan-keadaan pada trakus pernafasan atas, trakea, bronkus, bronkiol, alveolus, pleura dan rongga pleura, serta saraf dan otot pernafasan. Penyakit pernafasan terdiri daripada yang ringan dan terhad seperti selesema, kepada yang mengancam nyawa seperti pneumonia bakteria, embolisme paru-paru, dan barah paru-paru.

 
 date1 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm
 

 

ent info
 

ENT (ear, nose and tongue) adalah bidang perubatan yang mengendalikan sebarang isu kesihatan pada telinga, hidung dan tekak.

Otolaryngologist adalah doktor pakar yang akan menjaga dan merawat setiap penyakit pada bahagian antara bawah otak dan atas paru-paru kecuali mata.

Setiap dari mereka juga akan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang masing-masing termasuklah:
  • Telinga (otology)
  • Hidung (rhinology)
  • Tekak (laryngology)
  • Kepala dan leher/tiroid
  • Tidur
  • Pembedahan plastik muka/wajah
 
 date2 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm

 


ORTHO INFO


Ortopedik ialah kepakaran perubatan yang mengambil berat tentang keadaan yang melibatkan sistem muskuloskeletal. Bidang perubatan ini merangkumi diagnosis dan rawatan keadaan seperti trauma muskuloskeletal, penyakit tulang belakang, kecederaan sukan, penyakit degeneratif, jangkitan, tumor, dan gangguan kongenital. 

 
 date1 kali sebulan
time8.00am - 2.00pm

 


RADIO INFO
Radiologi merupakan sebuah kepakaran perubatan yang berkaitan dengan penggunaan pengimejan terhadap badan manusia untuk melakukan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit-penyakit. Kaedah-kaedah pengimejan dilakukan dengan sinaran atau radiasi gelombang, sama ada daripada sumber elektromagnet mahupun mekanikal. 
 
 date1 kali sebulan

time8.00am - 2.00pm

REHAB INFO
 Perkhidmatan Rehabilitasi Klinikal adalah perkhidmatan sokongan perubatan yang bertujuan untuk mempercepatkan atau menambahbaik proses pemulihan semasa menjalani rawatan rehabilitasi yang merangkumi pemulihan fizikal, penilaian psikososial, latihan vokasional dan rawatan untuk meningkatkan tahap kefungsian. 
 date

  1 kali sebulan

time  8.00am - 2.00pm


PSY INFO

Rawatan Pakar Psikiatri berperanan memberi penilaian dan rawatan psikiatri pesakit luar, penilaian dan rawatan psikologi dan kaunseling untuk pesakit luar dan dalam. Perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan serta Ahli Psikologi dan Kaunselor.


 date2 kali sebulan

time8.00am - 2.00pm  


**Kepada pesakit-pesakit yang ingin mendapatkan rawatan Pakar perlu
mendapatkan surat rujukan terlebih dahulu dari klinik-klinik kesihatan yang
berdekatan dan mengikut temujanji yang telah ditetapkan.

googlemap1

HOSPITAL KUALA KANGSAR
Jalan Sultan Idris Shah I
33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

  05-7763333
   hkangsar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 8,845

Tarikh Kemaskini

  • 03 Oktober 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video