Program KOSPEN WOW merupakan program intervensi bagi pencegahan penyakit NCD di tempat kerja. Setiap tahun jawatankuasa KOSPEN WOW MKAI akan merancang beberapa aktiviti bagi menerapkan budaya hidup yang sihat dikalangan anggota. Ia adalah amat penting bagi menjamin kecergasan dan kesihatan fizikal, produktiviti dan prestasi kerja seseorang individu.
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh KOSPEN WOW MKAI bagi menerapkan budaya hidup yang sihat ialah :
1.Pertandingan Berat Badan.
Bermula tahun 2020, beberapa siri pertandingan telah diadakan iaitu :
- MKAI Weight Challenge 2020
- MKAI Lose to Win 2021
- MKAI Weight Loss Challenge 2022
- Cabaran Jom Kurus 2023
- Cabaran Trim & Fit 2024
- MKAI Weight Warrior 2025 ( Pendaftaran bermula 5 Feb – 28 Feb 2025 )
Berikut adalah nama-nama pemenang :
2020 MKAI WEIGHT CHALLENGE
1 PN MASLIZA
2 PN NURUL ADHA
3 PN AYU MASHANI
2021 LOSE TO WIN
1 EN AZIM
2 PN AMUTHAVALI
3 PN SINNAMAL
2022 WEIGHT LOSS CHALLENGE
1 EN BALAN
2 PN MASLIZA
3 PN NURUL AINI BAHARUM
2023 CABARAN JOM KURUS
1 EN SUREN
2 PN AZRIN NORAIMI
3 PN KHATIJAH
2024 CABARAN TRIM & FIT
1 ISHAFARI BIN MUSTAFFA KAMAL
2 ZAINI BINTI HUSIN
3 MERLENE A/P SELVANATHAN
4 NORCAHAYA BINTI ALIAS
5 AMUTHAVALLI A/P GANGAYA
-Untuk tahun 2025 pertandingan berat badan diteruskan lagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota. Pertandingan dijangka akan berakhir pada Ogos 2025.
2. Aktiviti Senaman ‘X-Break’.
Pada tahun 2025, untuk menggalakkan penglibatan semua anggota dalam aktiviti senaman X Break, jawatankuasa telah mengadakan pertandingan dinamakan ‘ Cabaran X-Break ‘ bermula 3/2/2025 sehingga 30/9/2025.
Syarat pertandingan, semua anggota MKAI diminta keluar ke koridor dan berjalan beberapa pusingan sehingga lagu habis dimainkan. Setelah itu anggota boleh dapatkan pengesahan penglibatan dengan berjumpa mana-mana AJK KOSPEN WOW (scan QR Code).
Penglibatan paling aktif akan diberikan sijil penyertaan & anggota juga berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati.
3. Senamrobik Bulanan
Bermula Januari 2025, aktiviti senamrobik akan dijalankan secara bulanan dan akan dilaksanakan semasa perhimpunan bulanan MKAI. Semua anggota diwajibkan menyertai aktiviti kecuali anggota yang mempunyai masalah kesihatan.
4. Saringan darah & kesihatan
Aktiviti wajib yang dijalankan setiap tahun oleh KOSPEN WOW MKAI yang melibatkan pemeriksaan berat badan, bacaan tekanan darah, kandungan gula & kolesterol dalam darah, ukur lilit pinggang, saringan minda sihat, saringan merokok dan alkohol. Terdapat juga saringan terperinci bagi anggota berumur 40 tahun dan ke atas. Keputusan saringan akan disemak oleh Pegawai Kesihatan & kes akan dirujuk ke klinik Kesihatan berdekatan sekiranya perlu.
5. Aktiviti lain :
10000 Langkah ( dijalankan pada Minggu JKKP )
Hiking ( kolabrasi bersama Kelab Kebajikan & Rekreasi MKAI )



