Unit Mikotoksin & Toksin Semulajadi
Unit Mikotoksin merupakan unit yang menawarkan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan merangkumi parameter Aflatoksin (B1, B2, G1 & G2 serta M1), Zeralenone dan Okratoksin A. Makmal dilengkapi 2 unit High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dengan alat pengesan fluorescent bagi tujuan pengesahan.
Pelanggan yang terlibat merangkumi semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan semua dapur hospital Negeri Perak.
Aktiviti :
1. Menjalankan analisis bagi tujuan Surveillan (formal dan informal) untuk Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.
2. Menjalankan analisis bagi tujuan Operasi (Ops Tahun Baru Cina, Ops Ramadhan, Ops Cahaya dan Ops Krismas).
3. Menjalankan analisis bagi tujuan pemantauan Verifikasi Bahan Mentah Dapur Hospital semua dapur hospital Negeri Perak
4. Menjalankan analisis bagi tujuan Pemantauan Import.
5. Menerima dan menganalisis sampel makmal makanan (subkontrak) yang lain bagi makmal yang menghadapi masalah kerosakan peralatan.
Kajian Tahun 2021
1. `Detection of Aflatoxin in spice samples from food outlets in Manjung, Perak.
Menyertai Program Kualiti Luaran (Proficiency Testing) iaitu :-
- FAPAS Proficiency Test, The Food and Environment Research Agency, UK.
- Romer Labs Check Sample Survey, Austria.
- Progetto Trieste, Test Veritas Laboratory Proficiency Testing for Food Safety Analysis, Italy.
- HSA Singapore.
Jadual Kelima Belas, Daftar II, Cemaran Mikologi (Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985)

Contoh sampel-sampel makanan yang dianalisa untuk parameter Aflatoksin, Zearalenone, Okratoksin A dan Aflatoksin M1

Sub sampling sampel mikotoksin sedang dilakukan

Proses ekstraksi sampel sedang dijalankan untuk analisa mikotoksin

Analisis dijalankan menggunakan peralatan High Performance Liquid Chromatography

Anggota unit lain menjalani Latihan Kompetensi Analisis Mikotoksin



