my en |         |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

UNIT ADITIF DAN STANDARD MAKANAN

Aditif makanan bermaksud apa-apa bahan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut, ataupun secara tidak langsung semasa pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan.

Standard makanan adalah merujuk kepada komposisi, kualiti atau sifat-sifat lain yang ditetapkan berkenaan dengan makanan tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Unit Aditif dan Standard Makanan, Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh menawarkan perkhidmatan analisis seperti asid benzoik, asid sorbik, asid borik, formaldehyde, sulfur dioksida, paraben, pemanis tanpa zat, pewarna, benzoil peroksida, peratus kafeina, peratus kopi, peratus air, melamine, peratus pepejal larut, pH dan diameter produk sfera.

Aktiviti :

  1. Menjalankan analisis bagi sampel penguatkuasaan domestik bagi pematuhan Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Makanan 1985 bagi semua PKD seluruh Negeri Perak dan negeri-negeri lain yang terlibat mengikut pensampelan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).
  2. Menjalankan analisis bagi sampel untuk tujuan eksport ke negara EU dan negara lain mengikut keperluan.
  3. Menjalankan analisis bagi sampel untuk tujuan aduan bagi PKD di seluruh negeri Perak.
  4. Menjalankan analisis sampel bagi lain-lain tujuan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kualiti :

  1. Menyertai Program Kualiti Luaran (Proficiency Testing) dalam dan luar negara.
  2. Melaksanakan sistem kualiti yang selaras dengan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 dan persijilan MS ISO 9001:2015.
  3. Juruanalisis adalah Juruanalisis Makanan Berdaftar di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011.

Kajian :

Antara kajian yang pernah dijalankan dan diterbitkan oleh Unit Aditif dan Standard Makanan adalah seperti berikut :-

  1. Monitoring of Parabens in Various Sauces in Domestic Market in Kinta District (Year 2019-2020).
  2. Monitoring of Benzoyl Peroxide in Flour From Kinta District (Year 2016-2017).

Aktiviti Analisis Sampel

Image

Aktiviti Instrumentasi Sampel

Image

googlemap1

MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH
Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-528 7829/30/32/33/34
   mkai@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004975
Today: 2
This Year: 1,224
Total: 4,975

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini 23 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN