my en |         |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Soalan Lazim Seksyen Penyakit


 

Seksyen Penyakit

1. Q : Bilakah Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Ipoh ditubuhkan?

    A : Ia telah ditubuhkan pada Januari 2001

2. Q : Apakah  halatuju Seksyen Penyakit dalam menangani penyakit berjangkit?

    A : a) Menyediakan perkhidmatan makmal untuk kajian dan siasatan wabak penyakit berjangkit

         b) Menyediakan perkhidmatan makmal dalam  proses pemantauan dan pengawasan terhadap semua penyakit berjangkit kesihatan awam

          c) Mengadakan latihan untuk anggota makmal, khidmat rundingcara dan penyebaran maklumat kepada orang awam

          d) Menjadi pusat rujukan isu-isu berkaitan Kesihatan Awam

3. Q : Apakah tindakan yang dilakukan oleh MKA Ipoh untuk menangani wabak Penyakit Denggi dan Leptospira setiap tahun?

    A : MKA  Ipoh menjalankan ujian pengesahan penyakit iaitu Denggi Ig M,  NS1 dan Denggi PCR  untuk  penyakit Denggi. Manakala pengesahan jangkitan Leptospira ialah dengan ujian Lepto MAT dan Lepto PCR 

4. Q : Berapakah unit terdapat dalam Seksyen Penyakit?

    A : Terdapat 5 unit dalam Seksyen Penyakit

         i. Unit  Biokimia

            Ujian Renal Profile, Lipid Profile, Liver Function Test, Blood Sugar, Calcium, Phosphate, Cholinesterase, FT4 dan TSH

        ii. Unit Tibi

            Culture Mycobacterium

       iii. Unit Serologi

            Hb s Antigen, Antibodi Hb s, Antibodi HIV, Antibodi HCV, Antibodi Hep A Ig M RPR, TPPA, PA HIV, Inolia HCV, Survelen Denggi Ig M dan Denggi NS1

      iv. Unit  Molekular

           PCR E histolitica, PCR L spirochetes, PCR Malaria, PCR Denggi

       v. Unit Mikrobiologi Perubatan

           Serotyping E.coli dan Salmonela, Culture dan sensitivity, Leptospira MAT

5. Q : Siapakah pelanggan Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Ipoh?

    A : Pelanggan Seksyen Penyakit Makmal Kesihatan Awam Ipoh ialah :-

  1. Hospital-Hospital, Klinik Kesihatan
  2. Pejabat Kesihatan Daerah seluruh Negeri Perak
  3. Pejabat Kesihatan Daerah Zon Utara, Hospital-Hospital Zon Utara
  4. Makmal Seluruh Malaysia

6. Q : Bolehkah Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Ipoh menerima sampel klinikal dari orang ramai?

    A : Mengikut polisi Seksyen Penyakit sampel  klinikal hanya boleh diterima dari pelanggan yang ditetapkan seperti di atas

7. Q : Bilakah masa penghantaran sampel klinikal?

    A : Masa penghantaran sampel  Isnin-Jumaat 0800-1700 kecuali bagi sampel klinikal kritikal/krisis/wabak boleh dihantar pada bila-bila masa dengan syarat menghubungi pegawai kerja atas panggilan terlebih dahulu

8. Q : Bilakah sesuatu keputusan akan dikeluarkan kepada pelanggan?

    A : Tempoh penyampaian perkhidmatan (TAT) dikeluarkan berdasarkan Piagam Pelanggan yang ditetapkan seperti berikut :-

  1. Ujian Biokimia                          1-3 hari bekerja
  2. Ujian Serologi/Virologi             3-5 hari bekerja
  3. Ujian Molekular                        3-7 hari bekerja
  4. Salmonella serotyping             14 hari bekerja
  5. coli serotyping                          21 hari bekerja
  6. Kultur dan sensitivity               3-7 hari bekerja
  7. Kultur Mycobacterium             Tidak melebihi 2 bulan

googlemap1

MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH
Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-528 7829/30/32/33/34
   mkai@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004936
Today: 9
This Year: 1,185
Total: 4,936

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini 18 Ogos 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN