Unit Mikrobiologi
Unit Mikrobiologi Makanan, Seksyen Makanan merupakan unit yang menawarkan perkhidmatan analisis yang merangkumi pelbagai jenis makanan seperti makanan sedia dimakan, makanan proses, makanan laut mentah, susu dan hasilan susu, daging dan hasilan daging, air dan sebagainya.
Penerimaan sampel pasda setiap tahun bergantung kepada perancangan persampelan yang melibatkan Unit Mikrobiologi Makanan. Pelanggan yang terlibat pula merangkumi semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bagi pelbagai tujuan pensampelan.
Aktiviti :
- Menjalankan analisa bagi sampel surveillan domestik bagi pematuhan Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Makanan 1985 bagi semua PKD seluruh Negeri Perak dan negeri-negeri lain yang terlibat mengikut pensampelan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).
- Menjalankan analisa bagi tujuan Pemantauan Peringkat Kebangsaan seperti Pengawasan Salmonella dalam Telur, Pengawasan Tahap Pencemaran Salmonella dan E.coli serta Antimicrobial Resistance (AMR) di dalam Ikan dan Daging Segar di Pasaran Tempatan dan sebagainya.
- Menjalankan analisa mikrobiologi bagi tujuan keracunan, wabak, krisis, AGE dan aduan bagi PKD di seluruh negeri Perak.
- Menjalankan analisa mikrobiologi bagi sampel dapur hospital seluruh Negeri Perak bagi tujuan Malaysian Society for Quality Health (MSQH), di bawah Hospital Accreditation Standard 5th Edition 2017.
- Menjalankan analisa sampel bagi lain-lain tujuan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Kajian Unit Mikrobiologi Makanan :
Kajian yang dijalankan adalah mengikut keperluan dan isu-isu semasa samada diperingkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak mahupun peringkat MKA Ipoh. Antara kajian terkini yang melibatkan Unit Mikrobiologi Makanan adalah :
- Assessing Microbial Status of Home-Based Meal by Different Food Groups in Kinta District, Perak, Tahun 2020. Dijalankan oleh Unit Mikrobiologi Makanan di peringkat makmal.
- Kajian Spesifik Mengenai Status Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak Bagi Tahun 2021 (Tajuk kajian : Penilaian Terhadap Pengetahuan dalam Keselamatan Makanan, Sikap dan Amalan Berdasarkan Penilaian-Kendiri Pengendali Makanan, Status Mikrobiologi Makanan dan Kebersihan Tangan Pengendali Makanan di Premis Makanan Waktu Operasi yang Panjang di Perak.). Peneraju utama adalah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Perak.
Kualiti
- Menyertai Program Kualiti Luaran (Proficiency Testing) dalam dan luar negara.
- Melaksanakan sistem kualiti yang selaras dengan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM).
- Juruanalisis adalah Juruanalisis Makanan Berdaftar di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011.
1. AKTIVITI PENERIMAAN SAMPEL

2. ANTARA SAMPEL YANG DITERIMA DI MAKMAL (sampel swab keracunan)

3. PROSES ANALISIS YANG DIJALANKAN DI MAKMAL

4. LATIHAN KOMPETENSI YANG DIJALANKAN DARI MASA KE SEMASA




5. PROGRAM KUALITI LUARAN (Proficiency Testing) yang disertai

6. E-POSTER YANG DIHASILKAN OLEH UNIT MIKROBIOLOGI MAKANAN



