Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) telah memulakan perjalanannya pada 1 November 1999 dengan matlamat untuk memantapkan aktiviti pemantauan penyakit berjangkit serta aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Semenjak itu, Makmal Kesihatan Awam Ipoh semakin berkembang dengan tambahan pelbagai ujian baru. Selain itu, Makmal Kesihatan Awam Ipoh juga terlibat dengan pelbagai aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sungguhpun begitu, masih terdapat pihak yang belum mengetahui mengenai kewujudan Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan memahami fungsi-fungsi serta perkhidmatan yang disediakan. Adalah diharapkan dengan kewujudan laman sesawang ini dapat memberikan maklumat terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Ipoh.
Terdapat 5 buah Makmal Kesihatan Awam di Malaysia kesemuanya iaitu Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu, Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu. Makmal Kesihatan Awam Ipoh mewakili zon utara iaitu negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Kepada pengguna dalaman pula disediakan pelbagai aplikasi/pautan bagi kemudahan terutamanya dalam menjalankan tugasan seharian. Antaranya ialah eTibi, eDenggi, ePenyata Gaji, HRMIS, Konfigurasi Emel, Emel 1govuc dan sebagainya. Justeru itu, adalah diharapkan warga Makmal Kesihatan Awam Ipoh dapat memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya demi kebaikan bersama.
Selamat Melayari Laman Sesawang Makmal Kesihatan Awam Ipoh.
Sekian, terima kasih.
Dr. Norita binti Shamsudin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pengarah
Makmal Kesihatan Awam Ipoh
Kementerian Kesihatan Malaysia


