UNIT RESIDU DADAH VETERINAR
Unit ini telah berkembang dengan pesatnya sejak penubuhannya pada tahun 2008 dengan menawarkan pelbagai jenis analisa residu dadah veterinar seperti berikut :-
i) Antibacterial
ii) Tetracycline
iii) Nitrofuran
iv) Phenicol
v) Beta-agonist
vi) Triphenylmethane dyes
vii) Benzimidazole
viii) Nitroimidazole
ix) Quinolone
Terdapat dua peralatan berteknologi tinggi iaitu High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan Liquid Chromatography Mass Spectrometry Triple Quadrapole (LCMS/MS).
Pelanggan yang terlibat pula merangkumi semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan lain-lain. Agensi-agensi lain juga terlibat dalam penghantaran sampel mengikut kategori persampelan tertentu seperti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, JKN Pahang, JKN P.Pinang, dan Bahagian Biosekuriti Perikanan yang terlibat dalam persampelan makanan eksport EU. Selain itu, unit ini juga menerima sampel bagi kategori subkontrak daripada makmal makanan yang lain.
Aktiviti
- Menjadi salah satu makmal rasmi yang menjalankan perkhidmatan analisis bagi tujuan Eksport ke Kesatuan Eropah (EU).
- Menjalankan analisis bagi tujuan Penguatkuasaan Domestik Rutin dan Operasi (Ops Ramadhan, Ops Tahun Baru Cina, Ops Cahaya dan Ops Krismas)
- Menerima dan menganalisis sampel makmal makanan (subkontrak) yang lain terutama yang menghadapi masalah kerosakan peralatan.
Kajian yang telah diterbitkan/dibentangkan :
- Penerbitan kajian di dalam Perak Technical Report bagi kajian bertajuk Monitoring of Phenicol Residues in Aquacultured Fish and Prawn in Perak by using Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC-MS/MS) – Tahun 2015
- Pembentangan poster kajian di 5th USIM National Health Seminar bagi kajian bertajuk Monitoring of Chloramphenicol in Honey Sampled in Perak pada 8 Oktober 2016 (Pemenang Tempat Pertama)
- Penerbitan kajian di dalam Perak Technical Report bagi kajian bertajuk A Study of Nitroimidazole Residues in Chicken Offal in Perak – Tahun 2016
- Penerbitan kajian di dalam Perak Technical Report bagi kajian bertajuk Monitoring of Multi-residue Veterinary Drugs in Pasteurized Goat Milk Sampled in Perak by using Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC-MS/MS) – Tahun 2019
- Penerbitan kajian di dalam Perak Technical Report bagi kajian bertajuk Monitoring of Multi-residue Veterinary Drugs in Powdered Milk Retailed Premises Sampled in Kinta District by using Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC-MS/MS) – Tahun 2020
Pengiktirafan
Diwartakan sebagai makmal analisis di bawah Akta Makanan 1983
Mendapat Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017
Mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015
Dilantik sebagai makmal rasmi bagi menjalankan perkhidmatan analisis bagi tujuan Eksport ke Kesatuan Eropah (EU).
Ujian Kecekapan
Menyertai Program Ujian Kecekapan (Proficiency Testing) daripada FAPAS, UK dan Progetto Trieste, Italy
Jenis-Jenis Sampel


Aktiviti Penerimaan Sample di Kaunter Penerimaan

Aktiviti Sub-Sampling

Aktiviti Sub-Sampling

Aktiviti Pengekstrakan Sampel

Aktiviti Pengekstrakan Sampel

Aktiviti Pengekstrakan Sampel

Aktiviti Instrumentasi

Aktiviti Latihan Kompetensi

Peralatan Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC-MS/MS)

Peralatan High Performance Liquid Chromatography (HPLC)




