Seksyen Makanan
1. Q : Bilakah Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh ditubuhkan?
A : Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1999.
2. Q : Berapakah unit terdapat dalam Seksyen Makanan?
A : Terdapat 6 unit di dalam Seksyen Makanan iaitu :-
1. Mikrobiologi Makanan
2. Aditif & Standard Makanan
3. Residu Dadah Veterinar
4. Pencemaran Industri & Persekitaran Makanan
5. Residu Racun Perosak
6. Mikotoksin & Toksin Semulajadi
3. Q : Apakah analisis yang ditawarkan di Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh?
A : Analisis yang ditawarkan adalah seperti dalam Buku Panduan Penghantaran Sampel yang boleh didapati di dalam sesawang Makmal Kesihatan Awam Ipoh.
4. Q : Siapakah pelanggan Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh?
A : Pelanggan Seksyen Makanan,Makmal Kesihatan Awam Ipoh terdiri daripada;
1. Jabatan Kesihatan Negeri
2. Pejabat Kesihatan Daerah
3. Pihak Berkuasa Tempatan
4. Hospital-Hospital
5. Unit Biosekuriti, Jabatan Perikanan Negeri
5. Q : Bolehkah Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh menerima sampel dari orang awam?
A : Polisi Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Ipoh menggariskan bahawa sampel hanya diterima daripada pelanggan yang telah ditetapkan seperti di atas sahaja.
6. Q : Bilakah masa penghantaran sampel?
A : Masa penghantaran sampel adalah dari hari Isnin hingga Jumaat (0800–1700) kecuali bagi sampel krisis/wabak/TUL yang boleh dihantar pada bila-bila masa dengan syarat menghubungi dahulu pegawai on-call.
7. Q : Bilakah sesuatu keputusan akan dikeluarkan kepada pelanggan?
A : Berdasarkan Piagam Pelanggan yang ditetapkan, tempoh penyampaian perkhidmatan (TAT) dikeluarkan seperti ketetapan berikut :-
- Ujian Mikrobiologi (Rutin) : 14 hari
- Ujian Mikrobiologi (Wabak/Krisis) : 7 hari
- Ujian Kimia : 30 hari


