Aktiviti Audit Dalaman bagi skop MS ISO/IEC 17025 yang dijalankan di Seksyen Makanan, MKA Ipoh selama 2 hari iaitu dari 30 hingga 31 Julai 2025.
Pasukan juruaudit terdiri 4 Pegawai Teknologi Makanan daripada pelbagai makmal makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
1) Pn. Fazdlina binti Sapee (Ketua Juruaudit) - Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Sarawak
2) En. Norrizal bin Ismail (Juruaudit teknikal kimia makanan) - Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang
3) Pn. Hardiana binti Halipah (Juruaudit teknikal kimia makanan) - Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh
4) Pn. Aminah binti Alias (Juruaudit teknikal mikrobiologi makanan) - Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu
Objektif audit dalaman ini adalah:
1) Untuk memastikan bahawa makmal terus mematuhi MS ISO/IEC 17025 dan keperluan SAMM
2) Untuk mengesahkan pelaksanaan tindakan pembetulan yang berkesan terhadap ketakakuran yang dibangkitkan dalam audit yang lalu.



