my en |         |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Lawatan Kerja dan Perbincangan Halatuju Makmal Kesihatan Awam Ipoh

10 Jun 2025 – Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) hari ini telah menerima kunjungan penting daripada Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), YBrs. Dr. Nik Jasmin binti Nik Mahir. Beliau turut disertai oleh Ketua Bahagian Penyakit MKAK, YBrs. Dr. Rohani binti Ismail.

Objektif utama perjumpaan dan perbincangan ini adalah untuk meninjau serta memperkukuhkan peranan MKAI dalam ekosistem kesihatan awam negara. Perbincangan menjurus kepada pelbagai aspek kritikal termasuk operasi harian makmal, pembangunan kapasiti sumber manusia dan infrastruktur, serta inisiatif kerjasama yang lebih erat antara Makmal Kesihatan Awam di seluruh negara.

Lawatan ini merupakan langkah proaktif dalam usaha berterusan untuk memperkukuhkan sistem kesihatan awam di Malaysia secara keseluruhannya.

 

MKAK

 

Himpunan gambar-gambar lawatan Pengarah MKAK ke MKAI

googlemap1

MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH
Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-528 7829/30/32/33/34
   mkai@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004936
Today: 9
This Year: 1,185
Total: 4,936

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini 18 Ogos 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN