my en |         |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2025

 

Perhimpunan Bulanan MKAI bagi Bulan Ogos 2025 dan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

IPOH, 15 Ogos 2025 – Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Ogos 2025 pada jam 9 pagi, yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme. Perhimpunan kali ini tampil lebih istimewa dengan penganjuran Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan MKAI, sebagai pembuka tirai kepada pelbagai aktiviti berteraskan kecintaan terhadap tanah air.

Majlis dimulakan dengan penuh semangat melalui nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak, Kami Sedia Membantu, dan lagu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh kumpulan koir MKAI. Diikuti bacaan ikrar oleh Encik Mohd Nazrunnizam bin Abu Kasim dan bacaan doa yang dipimpin oleh Muhamad Azim bin Mohd Hatta. Aura kemerdekaan terus disemarakkan dengan persembahan silat ringkas sebagai gimik pelancaran, diikuti penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengarah MKAI, Dr. Norita binti Shamsudin. Seusai ucapan pelancaran Pengarah, lagu Jalur Gemilang dikumandangkan bersama. Seterusnya, Pengarah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebagai simbol semangat perjuangan sebelum anggota dilepaskan bagi acara “Brisk Walk Merdeka” sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan semangat cintakan negara dan kecergasan dalam kalangan warga kerja.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi Renungan Pagi oleh Encik Muhammad Hasyim Chew bin Abdullah dan amanat khas daripada Pengarah bagi menyuntik inspirasi dan motivasi kepada semua staf untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi dan semangat kebangsaan.

Majlis turut diselitkan dengan sesi pengenalan staf baharu, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada warga kerja yang baru menyertai keluarga MKAI. Acara diakhiri dengan penyampaian anugerah Pekerja Contoh kepada empat (4) orang warga kerja, sebagai penghargaan kepada individu yang menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen berterusan dalam tugas.

Semoga semangat kemerdekaan yang disemai melalui majlis ini terus membara dalam jiwa setiap warga MKAI, demi Malaysia yang lebih sihat, sejahtera dan bersatu.

 

Perhimpunan OGOS

Himpunan Gambar-gambar Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2025

googlemap1

MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH
Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-528 7829/30/32/33/34
   mkai@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

004937
Today: 10
This Year: 1,186
Total: 4,937

Tarikh Kemaskini

  • Kemaskini 18 Ogos 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN