MKAI Ipoh Hos Kursus Mikroskopi Pendarfluor AFB-TB Zon Utara
28 Julai 2025 – Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) hari ini memulakan Kursus Fluorescence Microscopy for AFB - TB Peringkat Zon Utara Siri 2/2025. Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Julai hingga 30 Julai 2025 ini menghimpunkan seramai 20 orang peserta dari makmal-makmal kesihatan awam di Zon Utara.
Para peserta datang dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak, dan akan menjalani latihan intensif mengenai teknik mikroskopi pendarfluor untuk pengesanan Acid-Fast Bacilli (AFB) bagi penyakit Tuberkulosis (TB). Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti anggota makmal dalam diagnostik TB, seterusnya memperkukuhkan sistem kesihatan awam di rantau utara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







