my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kursus Komunikasi Profesional & Medicolegal Awareness 22-23 Oktober 2024

Kursus ini berlangsung pada 22-23 Oktober 2024 bertempat di Hotel Grand Kampar bertujuan untuk melatih warga kerja hospital supaya lebih peka dan tahu tentang cara komunikasi berkesan untuk mengelakkan aduan dan konflik, seterusnya dapat menjalankan tugasan harian dengan lebih baik. Sesi kursus yang berlangsung selama 2 hari ini disertai oleh warga kerja Hospital Kampar dan juga peserta jemputan dari JKN Perak, Hospital Batu Gajah dan Hospital Sungai Siput. 

Pihak Hospital Kampar dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah jemputan yang diundang khas iaitu Puan Suraya Banu binti Sallehudin, En. Muhammad Najmi bin Mat Nawi dari Unit Psikologi dan Kaunseling dari JKN Perak dan Puan Nazialita Geynna Maharan, Ketua Unit Perhubungan dari HRPB Ipoh kerana kesudian untuk memberi input yang berguna dalam kursus kali ini. 

Kursus juga diserikan dengan amanat dan ucapan penutup oleh Pengarah Hospital Dr. Mohd Anwar Rasyid bin Ahmad yang mengucapkan tahniah dan berbangga kepada semua peserta yang dapat menghadiri kursus kali ini. 

Semoga kursus kali ini dapat memberi manfaat dan dapat dipraktikkan dengan baik dalam perkhidmatan untuk kesejahteraan para pelanggan Hospital Kampar.

1

2

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 22,842

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 20 Jun 2025.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video