my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Imbasan Sejarah/Latar Belakang

SEJARAH HOSPITAL KAMPAR

Hospital Kampar telah wujud pada tahun 1890 - 1891 dengan terdirinya bangunan di atas sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Degong, Kampar kira-kira 1.6km dari Pekan Kampar. Hospital mempunyai 9 wad termasuk wad bersalin dan wad Isolation serta sebuah wad khas untuk penyakit Tibi.

Hospital juga mempunyai 140 katil dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan dibantu oleh beberapa orang Pembantu Perubatan, Jururawat, Penolong Jururawat, Atendan Hospital, Kenderaan Bermotor dan Jaga.

Beberapa buah rumah Jabatan telah dibina di kawasan lapang berhampiran dengan hospital bagi kemudahan tempat tinggal bagi kakitangan hospital. Dengan adanya hospital ini, ianya dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Pekan Kampar dan kawasan berdekatan seperti Malim Nawar, Kuala Dipang, Sungai Siput(S), Talam, Sungai Lesong, Air Kuning, Tanjung Tualang, Mambang Diawam dan Chenderiang.

Pada tahun 1949 - 1951, Hospital Daerah Kampar telah dipindahkan ke atas bukit Mambang Diawam dengan ketinggian lebih kurang 220 kaki dari paras laut kerana tapak hospital di Jalan Degong telah diambilalih oleh Syarikat S.E.K untuk tujuan perlombongan biji timah. Banyak bahan asas hospital lama telah digunakan untuk pembinaan Hospital baru yang dipindahkan dari bangunan asal yang telah dirobohkan. Pada mulanya, Syarikat S.E.K bertanggungjawab  yang bertanggungjawab terhadap pembinaan hospital baru, merancang membina hospital 2 tingkat dengan menampung 6 buah wad. Kerajaan Negeri Perak berpendapat langkah berjimat cermat dengan bangunan sederet 5 wad. Belanja pembinaan hospital Kampar dianggarkan bernilai 5 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat S.E.K.

Pegawai Perubatan yang pertama ialah ditempatkan di Hospital Daerah Kampar ialah Dr. Sabaratnam, seorang keturunan Ceylon sehingga tahun 1951 dan telah diambilalih oleh Dr. Major Bhallal Singh sehingga tahun 1966, hanya seorang pegawai perubatan ditempatkan. Mulai tahun 1967, hospital telah menempatkan 2 orang Pegawai Perubatan.

Kini, pada tahun 2023, Hospital Kampar mempunyai 4 buah wad dengan kedudukan katil sebanyak 73 buah dengan Pegawai Perubatan (Lantikan Tetap) seramai 11 orang, manakala 13 orang Pegawai Perubatan (Lantikan Kontrak).

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 52
Jumlah Keseluruhan: 12,916

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 07 Disember 2024.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video