Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua wargakerja Hospital Kampar dan orang awam
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Hospital Kampar, Perak. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa Laman Web Rasmi Hospital Kampar kerana sentiasa berusaha untuk menambah baik laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman web ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.
Dengan ini, segala maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua pihak yang menlayari laman web ini. Laman Web Hospital Kampar yang dihasilkan bukan sahaja memberi informasi berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan Hospital Kampar, malah juga menjadi sumber ilmu berhubung dengan maklumat perubatan kesihatan disediakan.
Sebagaimana yang dimaklum, ilmu teknologi maklumat kini menjadi lonjakan bagi memberi kemudahan kepada semua pihak agar memperolehi kesihatan yang unggul. Akhir kata, terima kasih saya kepada semua pihak agar apa yang terpapar di Laman Web Hospital Kampar menjadi sumber inspirasi.
Sekian, Terima Kasih
DR. MOHD ANWAR RASYID BIN AHMAD
PENGARAH HOSPITAL KAMPAR