my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kecemasan

Fungsi utama organisasi ini adalah memberi perkhidmatan berterusan selama 24 jam di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan, kes-kes yang berkaitan dengan perundangan(medico legal).

Kedudukan organisasi ini yang merupakan pintu masuk utama yang penting sebelum melangkah ke organisasi lain. Kakitangan terdiri daripada Pegawai-Pegawai Perubatan yang terlibat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas mengikut giliran.

Dari masa ke semasa unit ini telah dilengkapi dengan peralatan perubatan moden yang sesuai dengan keadaan semasa dan sentiasa dikawalselia supaya bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Selaras dengan sasaran hospital ini untuk mendapatkan pengiktirafan Akreditasi dalam masa yang terdekat, maka perkhidmatan Unit Kecemasan akan dipertingkatkan. Sejajar dengan itu Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan digalakkan menghadiri kursus dan latihan bertujuan mempertingkatkan kecekapan dalam perkhidmatan.

Disamping itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan ambulan dan perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan. Perkhidmatan ambulan adalah menepati tahap NIA indicator dimana ketetapan jangkamasa mengambil tindakan adalah dalam masa 5 minit. Perkhidmatan panggilan ambulan dari orang ramai meningkat dari masa ke semasa.

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 52
Jumlah Keseluruhan: 12,916

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 07 Disember 2024.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video