PENGENALAN
Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihan dan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka. Unit Terapi Carakerja Hospital Kampar bermula pada tahun 2013 dengan seorang Jurupulih Perubatan Carakerja (JPCK) U29. Pada tahun 2018, pertambahan satu lagi perjawatan JPCK U29 menjadikan dua perjawatan JPCK U29 di unit ini. Dengan pertambahan perjawatan tersebut, jumlah pesakit juga turut bertambah. Unit Terapi Carakerja di Hospital Kampar berusaha menyediakan perkhidmatan dan perawatan yang terapeutik kepada pesakit-pesakit agar mencapai tahap keberdikarian yang optimum dalam aktiviti kehidupan seharian dari segi mental, fizikal, sosial dan juga sosioekonomi mereka. Lokasi Unit Terapi Carakerja adalah bersebelahan dengan Klinik Pakar Hospital Kampar.
VISI
Menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pelanggan dan dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan.
MISI
Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.
PIAGAM PELANGGAN
>> Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
>>Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang akan dilaksanakan.
>>Setiap pelanggan akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
>>Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
>>Setiap pesakit luar akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
>>Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.
Modaliti Rawatan yang ditawarkan
• Activities of Daily Living Assessment and Training
• Instrumental Activities Daily Living Assessment and Training
• Motor & Functional Assessment and Training
• Cognitive and Perceptual Assessment and Training
• Developmental Assessment and Training
• Sensory Assessment and Training
• Wheelchair Assessment and Training
• Work Assessment and Rehabilitation
• Community Placement Assessment and visit
• Behavior Assessment and Management
• Aids & Adaptation
• Compression Therapy
• Creative Therapy
• Social Skill Assessment and Training
• Patients’ and Carers’ Education
• Play and Leisure (Exploration & Training)
• Relaxation Therapy
• Splint and Orthotics
• Pre School Assessment and Training
WAKTU OPERASI
Hari |
Masa |
Isnin- Khamis |
8.00 pagi - 1.00 tghari |
|
2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat |
8.00 pagi - 12.15 tghari |
|
2.45 petang - 5.00 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum |
Tutup |