my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kejuruteraan

PENGENALAN
Unit Kejuruteraan terletak di bangunan kejuruteraan bersebelahan dengan surau Hospital Kampar. Terdiri daripada satu orang pegawai iaitu Penolong Jurutera (Awam) gred JA29.


FUNGSI
1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Ketua Unit Kejuruteraan Negeri (Operasi), Pengarah Hospital dan Jurutera Negeri/Hospital (Operasi).

2. Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan perlaksanaan perkhidmatan kejuruteraan hospital oleh syarikat konsesi penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.

3. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.

4. Membantu dalam pengeluaran ’Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi pepasangan, peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.

5. Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (ASIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan kejuruteraan hospital dikemaskini serta berkesan.

6. Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan kejuruteraan hospital.

7. Menjalankan program mobilisasi khidmat sokongan hospital dan penyerahan milik hospital /fasiliti baru di bawah penswastaan perkhidmatan sokongan hospital.

8. Menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa tempoh tanggungan kecacatan (DLP) bagi hospital/fasiliti baru.

9. Menyedia dan menyelaras maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.

10. Menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti.

11. Memberi khidmat teknikal dan profesional kepada Pengarah Kesihatan Negeri, hospital dan institusi kesihatan mengenai perkhidmatan kejuruteraan hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.

12. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara pengarah-pengarah, juruperunding, syarikat konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.

13. Menyediakan skop kerja bagi kerja-kerja pembinaan kecil samada baru atau ubahsuai.

 

OBJEKTIF
1. Menyedia dan memantau perlaksanaan program perkhidmatan sokongan hospital secara menyeluruh.

2. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipatuhi.

3. Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.

 

PIAGAM PELANGGAN

1. Memberi respon terhadap aduan kritikal dengan kadar segera

2. Memberi respon terhadap aduan bersurat dalam tempoh 1 (Satu) hari bekerja

3. Menangani aduan awam (umum) serta memberi khidmat nasihat teknikal dengan berhemah dan efision

4. Pemantauan dan penyelarasan khidmat Sokongan Hospital berjalan dengan lancar.

5. Menyediakan skop kerja bagi kerja-kerja pengubahsuaian kecil dalam tempoh 21 hari

6. Mengesahkan borang BER 2 bagi tujuan pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) peralatan Biomedikal/Elektronik dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pengesahan Pengarah Hospital.

 

WAKTU OPERASI

ISNIN - KHAMIS

7.30 PAGI - 1.00 PETANG

2.00 PETANG - 4.30 PETANG

 

JUMAAT

7.30 PAGI - 12.15 TENGAH HARI

2.45 PETANG - 4.30 PETANG

 

SABTU - AHAD

CUTI

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 53
Jumlah Keseluruhan: 12,917

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 07 Disember 2024.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video