my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Klinik Pakar

DASAR OPERASI KLINIK PAKAR


LOKASI
>> Terletak di sebuah bangunan yang berasingan iaitu bersebelahan dengan Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja.

OBJEKTIF
>> Menyediakan perkhidmatan kepada semua yang memerlukan rawatan dengan memberi layanan perawatan mesra dan selamat.
>> Menyediakan perawatan lanjutan untuk pesakit yang keluar dari wad-wad dari hospital Kampar dan hospital lain.Perkhidmatan juga meliputi klinik kesihatan dan klinik di sekitar Kampar.
>> Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga.
>> Membuat penyiasatan,penyelidikan kepada pesakit yang memerlukan rawatan susulan.
>> Rawatan untuk pesakit dalam pula adalah satu perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit di kawasan Kampar dan kawasan yang berdekatan.

VISI DAN MISI KLINIK PAKAR
>> Visi - Meningkatkan tarat perkhidmatan dengan penjagaan yang professional dan mematuhi etika kerja sertya perawatan tepat dan sesuai
>> Misi - Memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

SKOP PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR
>> Klinik Pakar (Pediatrik, Psikiatrik, O&G, Ortopedik, Perubatan & Pembedahan)
>> Menerima kes-kes yang memerlukan rawatan pakar bagi pesakit yang dirujuk dari wad / kecemasan di Hospital Kampar, hospital lain, klinik kerajaan dan swasta. Kes-kes yang memerlukan rawatan rapi akan dirujuk ke HRPB untuk mendapat rawatan lanjutan. Pesakit yang tidak memerlukan rawatan pakar setelah dilihat oleh pakar akan menerima rawatan di klinik susulan atau klinik kesihatan.

ORGANISASI
>> Tiga Pegawai Perubatan bertanggungjawab ke atas pesakit-pesakit di klinik secara langsung untuk memberi rawatan dan khidmat kaunseling kepada mereka.
>> Penolong Pegawai Perubatan U32 bertanggungjawab mentadbir klinik dan bertanggungjawab kepada semua anggota yang bertugas di klinik.
>> Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) menjalankan tugas di klinik ini mengikut senarai tugas di bidang masing-masing seperti yang telah ditetapkan.

DASAR OPERASI
>> Waktu bertugas anggota adalah waktu pejabat:
       8:00 am hingga 5:00 pm

JADUAL LAWATAN KLINIK

Jadual Klinik Pakar

FUNGSI UTAMA KLINIK PAKAR
>> Penerimaan dan pengurusan pesakit di Klinik Pakar.
• Penetapan temujanji.
• Pendaftaran dan pembayaran
• Pemeriksaan pesakit.
• Pengurusan kes engkar rawatan.
>> Merujuk pesakit ke hospital rujukan/ kemasukan ke wad.
>> Pengurusan peralatan sterile dan soft dressing
• Pengurusan peralatan sterile
• Pengurusan kehilangan/ kerosakan peralatan sterile.
• Penambahan peralatan sterile
• Pengurusan soft dressing
>> Pengawalan infeksi di klinik
• Amalan pencegahan jangkitan bagi anggota HKPR.
• Pengurusan sisa klinikal/ peralatan tajam.
• Pengurusan linen.
• Pengurusan persekitaran tempat kerja.
• Pengendalian kes penyakit berjangkit.
>> Pengendalian ubat-ubatan di klinik
• Pesanan dan penyimpanan ubat-ubatan flor stok/ ubat troli kecemasan.
• Penukaran ubat.
• Pemberian ubatan
>> Pengendalian penyiasatan patologi.

CARTA ALIRAN KLINIK PAKAR

Carta Alir Klinik Pakar

KES RUJUKAN
>> Pegawai Perubatan akan menentukan rujukan pesakit ke Hospital Berpakar dan rujukan yang dibuat mesti mendapat persetujuan dari pesakit atau keluarga.
>> Pesakit biasa dan tidak tenat akan diiringi oleh Jururawat atau Jururawat Masyarakat .
>> Semua dokumen yang lengkap,keputusan penyiasatan dan surat rujukan mesti dibawa bersama.
>> Peralatan yang dibawa bergantung kepada keperluan pesakit.

PENDIDIKAN KESIHATAN
>> Pendidikan kesihatan akan diberikan semasa pesakit di klinik bergantung kepada penyakit yang dihadapi secara berkumpulan atau individu.
>> Waktu pendidikan kesihatan mengikut kesesuaian.

 

 

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 53
Jumlah Keseluruhan: 12,917

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 07 Disember 2024.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video