Unit Haemodialisis pada asalnya adalah sebuah kediaman rasmi untuk Pengarah Hospital. Bangunan tersebut telah diubahsuai dan siap sepenuhnya pada bulan November 2004. Aktiviti utamanya ialah untuk memberi rawatan kepada pesakit kronik ESRF (End Stage Renal Failure) yang tinggal di sekitar Zon Kampar dan Gopeng. Objektif utama organisasi unit ini adalah menyediakan rawatan Haemodialisis yang efisyen di samping membantu pesakit mengekalkan status kesihatan bagi menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Perkhidmatan ini juga akan melaksanakan dengan lebih sistematik untuk mempertingkatkan taraf kesihatan bagi membolehkan melakukan aktiviti-aktiviti lebih produktif.
Untuk makluman, semua pesakit yang dihantar ke unit ini adalah di atas arahan Pakar Perunding Nefrologi Hospital Raja Permaisuri Bainun. Unit ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dengan dibantu Penolong Pegawai Perubatan U29, Jururawat U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Tanggal 28 Februari 2005 adalah satu tarikh bersejarah di mana unit ini telah memulakan operasi pertamanya dengan pesakit yang bernama Sucila a/p Nadison dari Mambang Diawan. Semoga dengan wujudnya unit ini akan memberi tumpuan kepada golongan-golongan yang memerlukan perkhidmatannya.