my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN
Unit Rekod Perubatan, Hospital Kampar terletak bersebelahan dengan Unit Patologi. Unit Rekod Perubatan adalah kumpulan perkhidmatan sokongan bukan klinikal.

Fungsi utama Unit Rekod Perubatan ialah mengurus rekod dan folder pesakit, menyimpan dan mengawal, menjaga kerahsiaan maklumat dan rekod kesihatan pesakit, menjaga ketepatan data dan demografik pesakit, menyediakan statistik hospital (klinikal dan bukan klinikal) untuk pihak pengurusan tertinggi, penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Laporan Perubatan adalah satu bentuk maklumat bertulis mengenai sejarah, tahap kesihatan dan keadaan pesakit yang telah mendapatkan rawatan di hospital dan hanya boleh disediakan oleh Pegawai Perubatan di mana pesakit menerima rawatan.
Laporan ditulis berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam Rekod Perubatan Pesakit (RPP).

JENIS LAPORAN PERUBATAN
1. Laporan Perubatan Biasa
2. Laporan Perubatan Ringkas Pakar
3. Laporan Perubatan Terperinci Pakar
4. Laporan Bedah Siasat (Post Mortem)
5. Borang Insurans/PERKESO/ KWSP
6. Borang Buruh 90 (Perakuan Ordinan Pampasan Pekerja,1952)
7. Permohonan Laporan dari Majikan/Polis/Tentera

Maklumat lanjut berkenaan prosedur permohonan. Sila rujuk disini Download
Borang Permohonan Laporan Perubatan / Laporan Bedah Siasat. Sila rujuk disini Download
Senarai Semak Dokumen Permohonan LP Perubatan / Bedah Siasat. Sila rujuk disini Download

PENGURUSAN STATISTIK HOSPITAL

Statistik Hospital Kampar dijana melalui sistem Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) bagi data Pesakit Dalam, dan bagi data Pesakit Luar pula dikumpul secara manual. Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab mengawalselia statistik yang dihasilkan adalah mengikut keperluan Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia.

PENGURUSAN REKOD PERUBATAN PESAKIT

Unit Rekod Perubatan turut bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod perubatan fizikal. Rekod Perubatan Pesakit adalah rekod rawatan pesakit yang perlu disimpan untuk rujukan oleh Pegawai Perubatan bagi tujuan rawatan, laporan perubatan, penyelidikan, kes mahkamah dan lain-lain. Tempoh simpanan rekod adalah mengikut jadual pelupusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

WAKTU OPERASI

HARI MASA

ISNIN - KHAMIS     8.00 PAGI - 1.00 PETANG

                               2.00 PETANG - 5.00 PETANG

JUMAAT                 8.00 PAGI - 12.15 TENGAH HARI

                                2.45 PETANG - 5.00 PETANG

SABTU - AHAD       CUTI


Kaunter Pertanyaan
Telefon : 05-465 3333 samb.: 239/230

googlemap1

HOSPITAL KAMPAR
Jalan Hospital
31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan

  05-4653333
   pengarah_hkampar@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 53
Jumlah Keseluruhan: 12,917

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 07 Disember 2024.

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video