PERKHIDMATAN FISIOTERAPI
- Bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti berdasarkan sumber yang ada bagi mengoptimakan kebolehan berdikari, mengurangkan limitasi dan meningkatkan kemahiran hidup bagi seseorang yang mempunyai masalah dan kadar pertumbuhan fizikal. Servis fisioterapi juga termasuk menggalakkan pengembalian kapasiti fizikal yang hilang atau terhad disebabkan kecederaan atau penyakit untuk membolehkan seseorang hidup dan bekerja dengan normal serta berdikari seboleh yang mungkin.
Unit Fisioterapi di Hospital Kampar berusaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dengan penuh bertanggungjawab kepada semua peringkat masyarakat selaras dengan permintaan dan keperluan pelanggan-pelanggan. Unit Fisioterapi yang mempunyai 2 orang anggota juga memberikan perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar.
WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat - 8.00pagi - 5.00 petang
Sabtu,Ahad & Hari Kelepasan Am - Cuti